Internet para Todos Perú (syarikat bersama Telefónica, Facebook, CAF dan BID) Gunakan Ratusan Tapak OpenRAN Parallel Wireless di Amerika Latin

Visi Pengautomatan Pusat Data Kurangkan Kos Penggunaan dan Percepatkan Kitaran Hayat Pembangunan dan Penggunaan Rangkaian 

NASHUA, New Hampshire, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ — Parallel Wireless, Inc., syarikat OpenRAN berpangkalan di A.S. yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka menggunakan beratus-ratus laman OpenRAN 4G maya yang boleh diatur cara bagi menyediakan jalur lebar mudah alih di Amerika Latin melalui Internet para Todos Perú (IpT Peru), sebuah syarikat baharu yang dilancarkan pada Mei 2019 dan dimiliki oleh Telefónica, Facebook, IDB Invest dan bank-bank CAF. IpT Peru berhasrat untuk menyediakan sambungan internet kepada pengguna di kawasan terpencil Peru. Secara tradisi, pelaburan tinggi dan kos operasi serta kerumitan penggunaan bagi penggunaan dengan kepadatan rendah telah menghalang MNO daripada membawa liputan ke kawasan ini. Selain itu, evolusi teknologi telah memberi tumpuan untuk menskalakan kapasiti untuk bandar daripada mencipta penyelesaian penurunan skala yang cekap di kawasan-kawasan yang mempunyai populasi yang lebih rendah.

Parallel Wireless country wide OpenRAN network in Peru with IpT.
Parallel Wireless country wide OpenRAN network in Peru with IpT.

Sehingga hari ini, IpT Peru telah menggunakan beratus-ratus tapak baharu di Peru menggunakan seni bina OpenRAN maya penuh dan automatik Parallel Wireless.

Teknologi ini membawakan lebih kefleksibelan dan ketangkasan kepada penggunaan dan pengurusan rangkaian akses syarikat telekomunikasi. Pengawal OpenRAN Parallel Wireless mencipta ekosistem berbilang vendor, berbilang pengendali dan terbuka melibatkan komponen saling beroperasi untuk pelbagai elemen RAN dan daripada vendor-vendor berbeza. Semua unit radio baharu dikonfigurasikan sendiri oleh perisian, mengurangkan keperluan untuk intervensi manual. Keupayaan pengoptimuman kendiri mengautomasikan pengoptimuman merentas RAN berbeza dalam rangkaian IpT Peru, menggunakan data RAN yang tersedia daripada semua jenis RAN (makro dan sel kecil). Ini dapat mencipta model perniagaan terbuka, yang mana MNO dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan yang memberi tumpuan pada liputan luar bandar bagi mendayakan struktur kos padu yang sesuai dengan keadaan perniagaan yang menyasarkan sejumlah besar kesederhanaan yang tidak terhubung dan beroperasi.

Walau bagaimanapun, keterbukaan dan virtualisasi juga mempunyai tahap kerumitan tambahan yang perlu diurus untuk merangkumkan nilai dan tidak memberi masalah baharu kepada pengendali. Dengan objektif ini, IpT Perú, Telefónica dan Parallel Wireless telah menakrifkan dan melaksanakan model operasi yang dibina berasaskan prinsip pusat data dengan penyepaduan berterusan dan penghantaran berterusan (CI/CD) yang membantu mempercepatkan pengambilan fungsian baharu ke pasaran dengan lebih pantas dan lebih selamat berbanding sebelum ini, dengan cara yang mudah dan automatik. Pendekatan ini telah membantu mewujudkan model operasi baharu bagi mengurangkan OPEX IpT Perú, agar berupaya mengurus kitaran hayat produk jauh lebih pantas dan mempercepatkan penggunaan aplikasi baharu untuk senario liputan dan kapasiti.

Pendekatan berasaskan CI/CD yang prediktif dan automatik yang direka oleh Telefónica dan digunakan untuk mengesahkan Pengawal OpenRAN 4G Parallel Wireless dan suit perisian rangkaian, dibandingkan dengan pendekatan pengoptimuman reaktif legasi, meningkatkan masa dibawa ke pasaran bagi ciri-ciri perisian baharu dan pengalaman pengguna.

Kata-kata sokongan 

Renan Ruiz, Ketua Pegawai Teknologi, IpT
“Kami telah memilih OpenRAN Parallel Wireless bagi membantu kami mengurangkan kos penggunaan rangkaian kami melalui pengasingan perkakasan dan perisian, RAN dan virtualisasi teras serta pengautomatan rangkaian dengan SON waktu sebenar bagi penggunaan merentas Amerika Latin dan kesediaan 5G. Telefónica merupakan perintis dalam menerima pakai seni bina natif-awan dan model CI/CD. Menerusi penghantaran dan penggunaan berterusan yang didayakan oleh perisian Parallel Wireless, kami berupaya untuk mengautomasikan penggunaan rangkaian, menjadikannya operasi butang tekan yang mudah bagi menyampaikan dalam rangkaian kami dengan ciri-ciri terbaharu dan fungsi-fungsi terkini. Ini membolehkan kami untuk memberi pelanggan kami keupayaan baharu mengikut kepantasan perisian.”

Steve Papa, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Parallel Wireless
“Sebagai salah satu penyedia komunikasi inovatif, Telefónica memahami potensi sebenar perisian, virtualisasi dan keterbukaan. Kami berbangga kerana dipilih untuk penggunaan ini di Amerika Latin bagi membawakan perkhidmatan tanpa wayar yang berkualiti kepada pengguna akhir dan perniagaan melalui komunikasi dan kolaborasi yang lebih baik antara kumpulan-kumpulan “pembangunan” dan “operasi” dengan mendayakan model operasi berasaskan CI/CD. Matlamat akhir adalah untuk membantu MNO global membina dan melancarkan perisian pada kelajuan tinggi tanpa membuat pelaburan modal yang ekstensif atau menanggung kos penyelenggaraan berterusan yang berkaitan dengan penggunaan rangkaian legasi. Ini akan membolehkan MNO menjadi syarikat telekomunikasi maya sepenuhnya berdasarkan model CI/CD bagi mengautomasikan penggunaan, menjimatkan OPEX dan membawakan perkhidmatan baharu dengan lebih pantas.”

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di A.S. yang mencabar vendor legasi dunia dengan penyelesaian OpenRAN didayakan perisian SEMUA G (5G/4G/3G/2G) seragam yang satu-satunya dalam industri. Perisian rangkaian natif-awannya menaktifkan semula ekonomi rangkaian untuk pengendali mudah alih global bagi penggunaan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka jalan untuk 5G. Syarikat ini terlibat dengan lebih 60 pengendali utama di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam penyelesaian RAN maya terbuka yang berbilang teknologi telah diiktiraf menerusi lebih 70 anugerah industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Gambar –  https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/03/internet-para-todos-peru-syarikat-bersama-telefonica-facebook-caf-dan-bid-gunakan-ratusan-tapak-openran-parallel-wireless-di-amerika-latin-1.jpg

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/03/internet-para-todos-peru-syarikat-bersama-telefonica-facebook-caf-dan-bid-gunakan-ratusan-tapak-openran-parallel-wireless-di-amerika-latin.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications

Source: PRNEWSWIRE

You might also like