[Tertiris] : Spesifikasi Penuh OPPO Reno3 Kini Bocor – Dedah Reka Bentuk & Spesifikasi Dalaman Peranti

Terdapat desas-desus mengatakan OPPO bakal memperkenalkan pewaris baru iaitu OPPO Reno3 tidak lama lagi. OPPO dilihat masih berteka teki mengenai spesifikasinya – bagaimanapun terdapat sumber mengatakan bahawa ianya telah pun bocor di laman TEENA sekaligus mendedahkan reka bentuk dan spesifikasi dalaman peranti.

Memetik sumber, OPPO Reno3 muncul dengan kod nama PCPM00 dijangka membawakan paparan bersaiz 6.4″ AMOLED dengan resolusi FHD+. Peranti ini membawakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan. Enjin dalaman peranti dijangka dikuasakan oleh cip pemproses octa-core yang dipadukan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Menariknya, ia dikatakan bakal menyertakan slot kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 256GB.

TEENA turut mendedahkan ia membawakan sokongan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera selfie pula sebesar 16MP. Jika diteliti, ketersediaan butang kuasa terletak pada sebelah kanan, manakala butang laras suara pula di sebelah kiri. Bateri peranti dijangka sebesar 3,935mAh.

Pada masa sama, OPPO juga dijangka bakal memperkenalkan OPPO Reno3 Pro 5G pada acara yang sama. OPPO mengesahkan versi bakal membawakan paparan melengkung luar biasa, bateri sebesar 4,025mAh dan berat kurang daripada 180gram. Mungkin kita bakal dengar lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang? Stay tuned.

You might also like