
Susulan siri iPhone 11 dan Apple Watch Series 5 rasmi dijual di pasaran tempatan, kini giliran Apple MacBook Pro 16” dilancarkan rasmi dengan tawaran harga bermula RM10,499.

MacBook Pro 16” baharu ini mempunyai paparan skrin yang lebih besar iaitu 16 inci, tambahan papan kekunci baharu Magic Keyboard dan sokongan SSD sehingga 8TB. Wow! Memang power!
Ada lagi yang power, prestasi dalamannya dibekalkan dengan cip pemproses Intel Core i7 9th Gen/Intel Core i9 9th Gen, sokongan AMD Radeon Pro 5300M/5500M dengan 4GB GDDR6 memori serta 16GB DDR4 RAM.
Sistem penyejukan juga telah dipertingkatkan supaya mampu menjamin penggunaan yang lebih mantap dan efisien, di samping bateri sebesar 100Wh menawarkan ketahanan sehingga 11 jam. MacBook Pro 16” dijual pada harga RM10,499 bagi varian Intel Core i7, manakala RM12,199 bagi varian Intel Core i9.
____________________
BACA JUGA:
- Pelan Telco Paling Complete Siri iPhone 11!
- DXOMark Mengumumkan Skor iPhone 11 Pro Max: Mencapai 117 Mata Berada Di Tangga Ketiga
- MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Hadir Dengan Paparan Retina Display 13.3 Inci & Touch ID









