Realme Muncul Dengan Barisan Produk Baru – Kolaborasi Bersama Alan Walker Perkenal Realme Buds Wireless

realme Malaysia hari ini memperkenalkan barisan pakaian dan aksesori terkini keluaran mereka menerusi kerjasama Bwave bersama sepuluh lagi jenama terkemuka lain seperti Supecrew, DrMister, Lord, Kittieyiyi, Eversince, Eglaf, Playaz, Stoned, Nerd Unit dan Repulxe.

Penawaran terbaru realme terdiri daripada barangan edisi terhad seperti topi, tshirt, realme Buds wireless dan powerbank. Untuk topi dan tshirt ini mendapat sentuhan istimewa dan direka khas buat penggemar fesyen minimalis untuk kelihatan kemas, elegan dan tampil selesa – sekaligus pada masa sama menyuarakan personaliti tersendiri.

Selain itu, realme Buds Wireless adalah aksesori terbaru daripada realme dengan kerjasama pemuzik terkenal dunia iaitu DJ Alan Walker. Alan dan pasukan pakar penalaan akustik Realme bekerja keras menghasilkan aksesori ini dengan sokongan bass yang mendalam dan paling berkuasa menerusi teknologi Dynamic Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless pastinya menyampaikan pengalaman audio terbaik terutama untuk muzik elektronik.

Kesemua produk ini bakal tersedia tidak lagi dan maklumat lanjut mengenaik harga akan diumumkan pada majlis pelancaran realme XT pada 30 Oktober ini. Lebih menarik, orang ramai juga berpeluang memenangi sejumlah ganjaran menarik berupa realme XT dan hadiah bernilai RM50,000 di realme Fashion Store, T-008 Third Floor, Mid Valley Megamall – bermula hari ini hingga 10 November 2019.

You might also like