HONOR Play 3 Diperkenal – Sokong Kirin 710F + Tiga Kamera Utama + Bateri 4,000mAh

Seiring pelancaran HONOR 20S, syarikat gergasi tersebut turut menampilkan satu lagi ahli baru iaitu HONOR Play 3. Peranti ini dilihat menampilkan spesifikasi agak menarik dalam kelasnya di samping kemasan rekaan lebih elegan.

HONOR Play 3 menampilkan skrin bersaiz 6.39 inci dengan rekaan berlubang pada sebelah kiri. Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 710F dengan bantuan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Peranti ini dikatakan dilengkapi teknologi rangsangan yang mampu mempercepatkan aplikasi sehingga 29% dan prestasi sistem sehingga 27%.

Untuk kamera, HONOR Play 3 menggunakan persediaan 3 kamera utama dengan gabungan lensa : 48MP + 8MP + 2MP dan kamera selfie sebesar 8MP. Selain itu, HONOR Play 3 membawakan persediaan bateri berkapasiti 4,000 mAh. Tersedia dalam tiga warna menarik, HONOR Play 3 ditawarkan untuk pasaran China pada harga seperti di bawah :

  • HONOR Play 3 (4GB + 64GB) – RMB999 (kira-kira RM586)
  • HONOR Play 3 (4GB + 128GB) – RMB1,299 (kira-kira RM763)
  • HONOR Play 3 (6GB + 64GB) – RMB1,299 (kira-kira RM763

You might also like