
HUAWEI Nova 5i Pro Bakal Diperkenal Pada 26 Julai 2019!
KEJUTAN! HUAWEI muncul dengan kejutan apabila kini mendedahkan tarikh rasmi untuk pendatang baru mereka, HUAWEI Nova 5i Pro. Memetik video penggoda dikongsi, peranti ini bakal diperkenalkan secara rasmi pada 26 Julai 2019 dalam acara pelancaran di China.

Video tersebut juga mendedahkan sejumlah spesifikasi utama peranti – rekaan paparan hadapan berlubang dengan lensa selfie sebesar 32MP, penggunaan cip Kirin 810 sebagai tunjang utama dan persediaan empat kamera utama pada panel belakang (salah satu lensa sokong resolusi 48MP). Jika diteliti, model ini dilihat menyertakan persediaan imbasan cap jari fizikal pada panel belakang.
Pada masa sama, beberapa keping sample gambar didakwa diambil daripada peranti HUAWEI Nova 5i Pro juga dikatakan telah diperlihatkan. Setiap imej memperlihatkan kejelasan yang mengagumkan – walau diambil pada pencahayaan rendah. Keadaan ini memberi gambaran, HUAWEI Nova 5i Pro dilengkapi beberapa ciri pengoptimuman pemandangan malam menakjubkan.
Maklumat tertiris sebelum ini mendedahkan HUAWEI Nova 5i Pro telah muncul di TENAA – penyenaraian menunjukkan ia dijangka didatangkan dengan paparan sebesar 6.2″ bersama resolusi FHD+. Selain itu, ia dijangka membawakan persediaan empat kamera utama dan mempunyai bateri 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tungu kemunculan rasmi tuan empunya badan dan HUAWEI pastinya ada sesuatu yang istimewa buat peminat setia. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]











