
Huawei P20 Dianugerahkan ‘Best Photo Smartphone’ di TIPA 2018
Jika sebelum ini Huawei P20 dinobatkan sebagai telefon pintar berkamera terbaik daripada DxOMark dengan skor paling tinggi melebihi 100 untuk kedua-dua model P20 dan P20 Pro. Hari ini Huawei sekali lagi berjaya ditabalkan sebagai ‘Best Photo Smartphone’ dalam anugerah yang dianjurkan TIPA Award 2018 baru-baru ini.
Keberhasilan pasukan kejuruteraan dan reka bentuk untuk peranti Huawei kali ini membuahkan hasil, dalam masa sama memberikan pengguna sebuah telefon pintar yang terbaik. Maka tidak sia-sia Huawei menghasilkan Huawei P20 dengan adanya sistem tri-kamera dengan kerjasama Leica, sebuah jenama kamera terkemuka di dunia.
Gabungan kamera 40MP + 20MP + 8MP merupakan konfigurasi yang pertama digunakan pada telefon pintar, jadi tidak mustahil untuk anugerah seperti ini diberikan kepada Huawei. Setakat ini, Huawei P20 mendahului tangga teratas DxOMark dengan skor 109, sementara Huawei P20 dengan skor 102 meninggalkan jenam-jenama besar yang lain.
TIPA yang lebih dikenali sebagai Technical Image Press Association adalah persatuan yang terdiri daripada editor profesional, amatur, dan penerbitan dalam bidang cetakan dan atas talian. Editor yang bertugas pula datangnya dari Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan serta Asia.
Baca juga :
1. Reviu Eksklusif: Siri Huawei P20, Tingkat Taraf Paling Berjaya Dilakukan Huawei
2. Reviu Eksklusif: Siri Huawei P20, Telefon Berkamera Paling Pintar Setakat Ini