Reviu Eksklusif: Neffos C7, Ciri-ciri Pintar Cukup Menarik!

HARGA: RM599

Selain reka bentuk, tak sah jika kami tidak menyertakan ciri-ciri menarik yang terdapat pada telefon pintar ini. Memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto, model terbaru ini telah dilengkapi lensa hadapan 8 Megapiksel dengan ciri Beauty yang boleh diserta Selfie-light untuk penggambaran di persekitaran malap. Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri-ciri menarik yang cukup setanding dengan peranti lain di pasaran masa kini. Jom semak…

Beli di >> Shopee

 

CIRI-CIRI MENARIK

Smart NFUI 7.0

Salah satu kelebihan Neffos C7 adalah ia menawarkan paparan antaramuka baru yang dikenali sebagai Smart NFUI 3.0.

(Dari kiri) Paparan Home, Notifikasi Area, Recent Apps, Tetapan (About Phone)

Apa yang menariknya, paparan antaramuka terbaru ini kelihatan lebih cantik dah segar berbanding sebelumnya. Selain mampu beroperasi dengan pantas, ianya juga senang untuk digunakan dan mesra pengguna dengan beberapa ciri-ciri baru tersedia.

 

Penggambaran

Walaupun hanya menawarkan lensa kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel sahaja, telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna swafoto ini hadir dengan beberapa mod menarik. Antaranya mod yang boleh dicuba adalah Beauty yang menawarkan sehingga 10 level di mana anda boleh melaraskannya sendiri mengikut keinginan sendiri.

(Dari kiri) Mod Penggambaran, Beauty, HDR, Filters

Selain itu, kamera hadapan juga hadir dengan mod HDR yang mampu menghasilkan gambar lebih terang, walaupun berada di persekitaran yang kurang pencahayaan selain menggunakan Screen Flash. Malah mengambil gambar berkumpulan juga tidak menjadi masalah dengan adanya sokongan 86 darjah Wide Angle pada telefon pintar ini.

(Dari kiri) UI Penggambaran, Mod Penggambaran, Beauty, Filters, HDR

Manakala kamera utama telah dibekalkan lensa beresolusi 13 Megapiksel dengan sokongan auto fokus dan juga LED flash. Tidak seperti kebanyakan pengeluar hari ini yang menggunakan kamera dwi-kamera pada telefon pintar keluaran mereka, nampaknya Neffos C7 masih selesa hadir dengan sokongan satu lensa sahaja.

 

Eye Protection

Sekiranya anda sering menggunakan telefon pintar ini terutamanya untuk aktiviti membaca, melayari Internet atau mengakses aplikasi sosial Facebook untuk satu tempoh masa yang lama, Neffos C7 ada menyokong fungsi yang dinamakan sebagai Eye Protection bagi memastikan mata anda tidak mudah menjadi penat.

Mod ini akan menapis penghasilan cahaya biru dengan penggunaan efek lapisan kekuningan pada skrin. Apa yang pasti, fungsi ini juga sememangnya sangat sesuai digunakan pada waktu malam terutamanya apabila anda melihat paparan skrin telefon pintar sebelum waktu tidur.

 

Kualiti Bunyi Hi-Fi

Selain menitikberatkan fungsi penggambaran, Neffos juga masih memberi perhatian buat penggemar muzik. Kedudukan speaker yang terletak di bahagian bawah kerangka sememangnya sangat praktikal untuk tujuan hiburan.

Tambahan pula, ianya dilengkapi dengan cip audio berteknologi AWINIC K8 yang mampu menghasilkan audio yang sedap didengar walaupun dalam persekitaran yang bising.

 

Pengimbas Cap Jari

Seperti kebanyakan peranti kelas pertengahan hari ini, Neffos C7 turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari untuk menjaga privasi telefon pintar anda.

Selain menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa, respon untuk membuka telefon pintar ini juga pantas iaitu hanya 0.2 saat sahaja! Lebih istimewa, anda juga boleh mengimbas jari dalam posisi 360 darjah.

 

App Cloner

Xiaomi juga telah memasang perisian aplikasi sosial yang dipanggil Dual App, ia membolehkan pengguna menggunakan dua akaun media sosial berbeza dalam satu.

Di antara aplikasi sosial yang menyokong fungsi Dual App ini adalah WhatsApp, Line, WeChat, Facebook, Instagram dan beberapa lagi.

 

KOMEN

Sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu trend untuk pengeluar memperkenalkan telefon pintar yang dikhususkan untuk penggemar swafoto. Begitu juga dengan Neffos C7 ini, walaupun hanya dibekalkan dengan lensa hadapan beresolusi 8 Megapiksel sahaja, ia hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik pada peranti ini. Selain menyokong mod Beauty yang boleh dilaraskan sehingga 10 level, kehadiran Screen flash pula boleh mengambil gambar walaupun di persekitaran yang gelap. Bukan itu sahaja, dengan sokongan mod 84 darjah Wide Angle, mengambl gambar berkumpulan bukan lagi masalah.

Dengan harga RM599, telefon pintar ini masih dibekalkan dengan fungsi menarik seperti Eye Protection, teknologi pengimbas cap jari, App Cloner, kualiti bunyi yang premium serta penggambaran utama dengan ciri-ciri menarik. Kelebihan yang dimiliki oleh Neffos C7 adalah ianya telah diuji dengan teliti bagi menjaga kualiti telefon pintar ini. Di antara ujian yang dijalankan adalah tekan butang kuasa sebanyak 200,000 kali, 100,000 kali pada butang volume, 250 kali hentakan serta 120,00 kali dijatuhkan pada setinggi 10cm.

 

↓↓↓ Unboxing! Neffos C7

 

Baca Juga:

 

 

You might also like