Kemas Kini Terbaru Youtube Kids, Kini Lebih Menarik!

Nampaknya impak YouTube secara tidak langsung berjaya mengalih minat orang ramai menonton video melalui peranti mudah alih sahaja. Tidak hanya tertumpu kepada golongan dewasa, malah kanak-kanak juga dilihat lebih gemar menonton YouTube berbanding televisyen.

Pengenalan aplikasi Youtube Kids secara tidak langsung membolehkan anak-anak menonton rancangan kegemaran dan pelbagai video lain dengan lebih selamat.

Melalui kemas kini terbaru ini, pengguna boleh mengakses profil Youtube Kids mereka sendiri melalui satu peranti sebagai inisiatif untuk kemudahan anak-anak menonton video. Video pilihan akan dicadangkan berdasarkan video yang ditonton mengikut usia mereka.

Buat ibu bapa pula, anda tidak perlu risau mengenai video yang kurang sesuai ditonton oleh anak-anak kerana Youtube Kids telah menapisnya.

YouTube Kids sesuai ditonton oleh kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah. Kepada ibu bapa yang ingin mencuba aplikasi ini, boleh memuat turun secara percuma.

You might also like