
Kodak Bekerjasama Dengan Archos Melancarkan Dua Tablet – Kuning Jagung Yang Menarik
Jika anda golongan Gen-Y, mungkin anda tidak pernah mengendalikan kamera Kodak. Pembikin kamera pada zaman ‘3R’ dahulu kala ini, kini telah melancarkan dua tablet terbaru hasil kerjasama dari syarikat Perancis, Archos. Peranti ini dibuat dan dikeluarkan oleh Archos tetapi menggunakan jenama Kodak tujuan untuk menarik peminat lama.

Kodak Tablet 7 hadir dengan set cip MediaTek MTK8321 empat teras 1.3GHz, saiz RAM hanya 1GB dan storan 16GB disediakan bersama slot kad microSD menyokong sehingga 64GB.

Sudut lensa kamera pula menerima 8 Megapiksel di bahagian belakang, seterusnya 2 Megapiksel di bahagian depan. Dari segi penyuntingan gambar, sebuah aplikasi Cyberlink telah dimasukkan bersama-sama.

Kodak Tablet 10 pula, ia masih menggunakan spesifikasi yang sama tetapi mendapat peningkatan dari segi memori storan iaitu 32GB. Kodak Tablet 7 dipadatkan dengan bateri berkapasiti 2,500mAh, sementara untuk Kodak Tablet 10 ia dimuatkan dengan bateri 6,000mAh.

Selain itu, bagi melengkapkan perkakasan, sokongan dua slot SIM, WiFi, Bluetooth dan rangkaian HSPA+ 21Mbps juga hadir bersama. Kedua-dua model ini akan mula dipasarkan pada harga €79.99 (kira-kira RM383) dan €119.99 (kira-kira RM575) di negara barat dengan warna pilihan Black serta Kodak Yellow.

