
Samsung Gear S3 Mendapat Sokongan Main Semula Spotify
Jam tangan pintar memudahkan pengguna tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar dari poket, ini termasuk mengakses senarai lagu lebih pantas di pergelangan tangan. Kini pengguna Samsung Gear S3 boleh memuat turun lagu secara offline dan tidak lagi memerlukan sambungan kepada telefon pintar untuk memainkan lagu.
Kini, senarai lagu boleh dimainkan semula dengan memuat turun Spotify daripada Gear Manager melalui telefon pintar. Kemudian, anda boleh memilih lagu, album, senarai main untuk disimpan di dalam Gear S3 versi Classic mahupun Frontier.
Samsung Gear S3 adalah yang pertama menyokong main semula dalam bentuk offline untuk Spotify. Selain itu, main semula secara offline juga telah diperkenalkan pada App Store untuk Apple Watch sebelum ini.