[Tutorial] Rimas dengan Fungsi Status Baru Pada WhatsApp? Bagaimana Cara Menghentikannya?!

Selepas Instagram dan Facebook yang hadir dengan fungsi status, kini giliran WhatsApp pula memperkenalkan fungsi status baru pada kemas kini terbaru mereka. Ia dilihat sesuatu yang amat menjengkelkan kerana WhatsApp adalah sebuah aplikasi permesejan yang mudah dan mesra pengguna. Bagi pengguna smartphone yang telah diroot, ada berita baik buat anda!

Smartphone anda mestilah….
  1. Smartphone Android yang telah diroot.
  2. Pasang aplikasi File Manager seperti ES File Explorer File Manager.

 

Langkah-langkahnya:
  1. Pergi ke ruangan Settings → Apps, kemudian Force Stop WhatsApp.
  2. Buka aplikasi ES File Explorer dan aktifkan fungsi Root Explorer.
  3. Pergi ke bahagian ‘/data/data/com.whatsapp/shared_prefs/com.whatsapp_preferences.xml’ dan buka fail tersebut.
  4. Cari entri bernama ‘Status Mode’ <int name=”status_mode” value=”1″/>.
  5. Tukar nombor “1” menjadi “0”.
  6. Buka aplikasi WhatsApp dan lihat perubahan pada WhatsApp terbaru anda.

 

**Pesanan**
Perubahan ini tidak akan kekal dan perlu dilakukan semula jika terdapat 
kemas kini terbaru atau sehingga WhatsApp menjadikan fungsi 
WhatsApp Status kekal pada aplikasi tersebut.

 

You might also like