
Let’s Study! Bahasa Inggeris Senang Jek!
Walaupun cuti sekolah sudah bermula, tetapi jangan habiskan masa hanya bermain sahaja. Mari kita kukuhkan bahasa Inggeris dengan aplikasi dari platform Android dan iOS, let’s study!
English Senang Jek!
Sukar untuk menguasai Bahasa Inggeris? Tidak perlu risau, aplikasi English Senang Jek! boleh mengajar seluruh ahli keluarga dalam pelajaran cara interaktif untuk memahami bahasa Inggeris dengan mudah. Menariknya, ia terbahagi kepada beberapa tahap yang sesuai untuk kanak-kanak, murid-murid sekolah rendah / menengah, pelajar institusi tinggi ataupun orang dewasa yang ingin belajar bahasa Inggeris.
Aplikasi English Senang Jek! membolehkan pengguna belajar dengan cara bina kata ataupun hubung kata antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, mengulang kaji juga disediakan dan anda boleh membuat latihan untuk membantu mengingati ejaan dengan betul. Jadi, cabarlah diri dengan skor tertinggi dengan kemahiran bahasa Inggeris.
Muat Turun
Fun English Language Learning
Tidak dinafikan, bahasa Inggeris adalah bahasa yang sangat penting buat masa sekarang. Jadi, kepada anda yang mempunyai anak-anak berumur 3 tahun hingga 10 tahun, apa kata anda mencuba aplikasi yang diberi nama Fun English Language Learning. Ia dapat meningkatkan tahap pembelajaran anak-anak anda di dalam penggunaan bahasa Inggeris dengan cara membaca, bercakap dan juga mengeja.
Aplikasi ini telah dihasilkan oleh pakar-pakar pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 10 tahun, di mana Fun English Language Learning dapat membantu merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di peringkat rendah.
Muat Turun
Hello English
Ingin belajar bertutur di dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak tahu aplikasi apa yang perlu dimuat turun? Usah risau, satu aplikasi untuk memudahkan anda bertutur di dalam bahasa Inggeris kini boleh dimuat turun secara percuma.
Menariknya aplikasi yang diberi nama Hello English ini, ia menyediakan beberapa kaedah pembelajaran seperti membaca, menulis, mendengar dan juga bercakap. Malah latihan juga akan diberikan kepada anda.
Selain boleh digunakan secara offline, Hello English menggunakan lebih daripada 10 ribu perkataan daripada kamus. Kini anda boleh berbual dengan guru-guru yang mengajar, serta bertanyakan soalan mengenai tatabahasa dan terjemahan dengan lebih mudah dan cepat.