CES 2017: Huawei Sedang Merancang Peranti Dengan Teknologi Google Tango

1Lenovo merupakan pengeluar yang melancarkan smartphone dengan teknologi Google Tango melalui model Phab 2 Pro mereka. Seperti teknologi-teknologi lain, pengeluar lain pasti akan menyusul dengan teknologi yang sama. Pada CES 2017 ini, Huawei telah pun mengumumkan bahawa peranti pintar dengan teknologi Google Tango sedang dalam perancangan.

Malangnya. Huawei tidak mengumumkan apa-apa pun maklumat tambahan mengenai peranti, spesifikasi, nama, harga, atau pun tarikh keluaran. Jika melihatkan teknologi Google Tango yang sudah pun mengorak langkah pertama, kami rasakan peranti Huawei dengan Google Tango akan hadir dalam sedikit masa lagi dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

You might also like