Google Membuka Pintu Kepada Developers Untuk Berkerja Dengan Google Assistant

1Pihak ketiga atau developers adalah salah satu komponen yang penting di dalam mana-mana sistem operasi. Android dan iOS memerlukan pakar-pakar perisian bagi membina aplikasi untuk menjadikan Play Store dan App Store menarik bagi pengguna. Jadi adalah amat penting bagi sesebuah sistem operasi itu membuka peluang kepada developers untuk menggunakan sebaik mungkin fungsi dan ciri yang ada pada sistem operasi tersebut.

Google Assistant menjadi topik yang hangat dibincangkan apabila ia diperkenalkan pada peranti Google Pixel. Kecerdasan pintar khas untuk peranti Google itu sememangnya sangat mengagumkan dengan kebolehannya menerima dan melakukan tugasan dengan efektif dan lebih santai berbanding kecerdasan pintar lain. Sebelum ini Google Assistant hanya terhad kepada beberapa aplikasi yang dibangunkan Google.

headerKini Google telah mengalu-alukan para developers untuk membina aplikasi yang menyokong teknologi Google Assistant, langkah ini akan menjadikan lebih banyak aplikasi dan fungsi akan diintegrasikan dengan Google Assistant. Namun setakat ini kecerdasan pintar ini masih eksklusif untuk peranti Pixel dan Pixel Xl sahaja.

You might also like