Set Klon Huawei P9 Plus?! Kini Jenama Huawei Pula Menjadi Mangsa!

Sudah acapkali kita mendengar akan isu pembeli yang tertipu dengan helah penjual peranti pintar, terutamanya bagi mereka yang membelinya secara talian yang menerima set klon. Sebelum ini jelas dapat dilihat bahawa pengeluar peranti yang tidak beretika ini lebih gemar memilih jenama popular seperti Samsung dan Apple, tetapi kini nampaknya pengeluar tersebut telah beralih ke jenama Huawei yang semakin popular di pasaran dengan model Huawei P9 Plus telah menjadi mangsa klon yang terbaru. Jadi semoga pengguna di luar sana sentiasa berwaspada agar tidak tertipu antara set klon dengan set yang asli.

SPESIFIKASI ASAS SET KLON

  • Android 5.1 Lollipop
  • Dual SIM
  • MediaTek MTK6580 (28nm)
  • Quad Core 1.3 GHz Cortex-A7
  • Mali-400 MP1 @ 400 MHz
Kotak Pembungkusan

pic-1

Kotak pembungkusan Huawei P9 Plus yang asli.
Kotak pembungkusan Huawei P9 Plus yang asli

Kotak pembungkusan Huawei P9 Plus klon sememangnya kelihatan sangat berbeza dengan set asli. Ini jelas dapat dilihat melalui kemasan kotak dan juga ketiadaan logo Leica. Sebaliknya set klon ini tampil dengan logo P9+ yang dicetak dengan tulisan berwarna krom.

 

Pakej Pembelian

pic-3Set klon ini masih menawarkan pakej pembelian yang agak menarik tetapi bukan yang terbaik. Antara aksesori asas yang ditawarkan adalah earphone, kabel USB, adapter pengecas dan juga pelindung skrin yang didatangkan secara percuma.

Dua Lensa & Pengimbas Cap Jari?!

pic-4Jika dilihat, set klon ini hadir dua lensa kamera dan juga pengimbas cap jari sama seperti set asli Huawei P9 Plus. Tetapi adakah ia benar-benar menawarkan fungsi tersebut ataupun tidak?! Berbeza dengan panel belakang set asli yang diperbuat daripada logam, set klon ini diperbuat daripada plastik.

Sekadar Hiasan

pic-5Memandangkan ia tidak menggunakan kerangka unibodi jenis logam sebagaimana set asli, jelas dapat dilihat bahawa salah satu daripada lensa kamera dan juga pengimbas cap jari yang terdapat pada set klon ini tidak berfungsi dan sekadar hiasan sahaja.

Antaramuka & Skrin

pic-6Apabila dihidupkan, jelas dapat dilihat set klon ini menawarkan antaramuka yang kelihatan agak sama seperti set asli Huawei P9 Plus. Namun begitu, terdapat bingkai hitam yang kelihatan sangat besar dan menjengkelkan di sekeliling skrin.

 

SUMBER VIDEO

You might also like