
Aplikasi Rare: Chromium, Pelayar Web Pantas & Ringan Untuk Peranti Dengan Cip Snapdragon
Kami sentiasa mengorek segenap pelusuk Internet bagi mendapatkan aplikasi terbaik untuk dipasangkan pada smartphone kami. Hari ini kami menjumpai Chromium, pelayar web yang ringan dan pantas, dan kami mendapati ia berfungsi jauh lebih baik dari aplikasi asli Chrome pada smartphone kami.
Chromium dibina oleh Arter97 menggunakan kerangka aplikasi Chrome. Beliau kemudiannya melakukan pelbagai modifikasi kepada sistem tersebut bagi mengoptimumkan prestasi aplikasi pada smartphone yang menggunakan cip pemproses Snapdragon. Selain itu, Chromium ciptaannya menawarkan fungsi paparan Night Mode dan juga navigasi gesture yang amat menarik.
Cara Mendapatkan Chromium
- Periksa dahulu spesifikasi cip pemproses anda.
- Pastikan Unknown Source pada menu Settings > Security & Fingerprints diaktifkan.
- Muat turun Chromium
- Install Chromium
5. Lancarkan aplikasi dan kami cadangkan anda biarkan semua tetapan
6. Pergi ke menu (tiga titik pada bahagian kanan bar aplikasi) dan anda boleh aktifkan fungsi Night Mode pada pilihan Settings.
7. (Kiri) Paparan Night Mode
8. (Kanan) Anda boleh navigasi halaman web dengan swipe dari kanan atau kiri skrin.