Battery HD

Battery HD Icon
Battery HD merupakan salah satu aplikasi menarik dalam hal mengoptimumkan bateri pada smartphone anda. Melalui aplikasi ini anda mampu mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai keadaan bateri terkini dan anggaran masa yang boleh digunakannya dalam menjalankan aplikasi yang ada. Jenis pemantauan pada Battery HD merangkumi pelbagai bahagian, salah satunya adalah masa anggaran untuk mendengar muzik yang berasaskan audio, video, layari Internet dan masa perbualan. Jadi menerusi informasi ini anda boleh menganggarkan berapa lama masa yang boleh digunakan. Selain itu, anggaran bagi masa pengecasan bateri melalui USB dari PC atau power, serta aktiviti online seperti VoIP, radio WiFi, video call dan sebagainya turut disokong. Keadaan bateri itu sendiri juga sangat penting, aplikasi ini juga akan memaparkan keadaan sihat bateri, suhu, voltan serta masa terakhir ia dicas. Dengan adanya bantuan Battery HD, bateri anda tentu akan lebih bertahan lama lagi.

meitu_0

Muat Turun:

Android
•RM 0
•Bergantung pada peranti
•Bergantung pada peranti

iOS
•RM 0
•17.2 MB
•iOS 7.0 dan ke atas

You might also like