
Celcom dengan rasminya melancarkan pelan FiRST Platinum dan juga Home Broadband! FiRST Platinum menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding FiRST Gold dengan data Internet 18GB sebulan. Menawarkan komitmen sebanyak RM150 sebulan, ia memberi 9GB data sepanjang masa dengan tambahan 9GB data pada hujung minggu serta boleh membawa baki data berlebihan ke bulan hadapan.
Pelan ini turut memiliki panggilan dan SMS tanpa had, Yonder Music dan langganan iflix selama 12 bulan secara percuma. Malah, Celcom tidak ketinggalan memberikan akses percuma ke Malaysia Airlines Golden Lounge di KLIA, tetapi terhad kepada satu pass seorang dan 1,000 yang pertama sahaja.
Selain itu, pelanggan FiRST Platinum juga menerima layanan keutamaan seperti talian khas khidmat pengguna 1881, pilihan nombor VIP, had kredit sampai RM1,000 serta had pembayaran dilanjutkan sehingga 45 hari.
Pelan perayauan data khas Celcom Wonderoam turut disediakan khusus untuk pengguna FiRST Platinum. Di antara pelan harian RM38 yang boleh digunakan di 160 negara, pelan mingguan RM138 yang memberikan 3GB data bersama panggilan & SMS tanpa had di luar negara.

Di majlis yang sama, Celcom turut memperkenalkan pelan Internet talian tetap iaitu Celcom Home Broadband. Khas untuk pelanggan Celcom FiRST Gold & Platinum, mereka layak menerima diskaun 50% selama 6 bulan, dari harga asal RM150 sebulan. Buat masa ini, Celcom Home Broadband mempunyai kelajuan muat turun dan muat naik yang sama, iaitu 10Mbps dan hanya terdapat di Lembah Klang sahaja.
Jika berminat untuk mendaftar Celcom Home Broadband, lawati Celcom Blue Cube berhampiran untuk maklumat lanjut. Manakala untuk pelan Celcom FiRST Platinum, info tambahan boleh diperolehi dilaman sesawang Celcom.

