
Open Camera
Resolusi kamera smartphone anda tidak cukup tinggi? Inginkan aplikasi kamera yang mampu memuaskan permintaan anda? Cubalah muat turun aplikasi Open Camera dari Google Play Store ini! Aplikasi Open Camera walaupun hanya memerlukan memori yang agak sedikit dalam smartphone anda, tetapi kebolehannya tidak boleh diabaikan kerana ia juga menawarkan pelbagai ciri-ciri dan fungsi kamera yang menarik antaranya pilihan auto-stabilize di mana ia membolehkan gambar kelihatan lebih cantik, fungsi zum dapat dibuat dengan multi-touch gesture atau kawalan single-touch, pelbagai mod penggambaran seperti fokus, scene, efek warna, white balance, ISO, exposure compensation, exposure lock dan face detection. Selain mengambil gambar, rakaman video turut disokong dalam aplikasi ini.
Muat Turun:
Android
•RM 0
•1 MB
•Android 4.0.3 dan ke atas