Tabung COVID-19 Boost Berjaya Kutip RM1 Juta!!!

Semenjak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan Kerajaan dan berterusan sepanjang bulan Ramadan, rakyat Malaysia yang prihatin pantas menyahut seruan untuk membantu dan menderma lebih daripada RM1 juta untuk menentang COVID-19 dan meringankan beban golongan yang memerlukan melalui inisiatif #BoostGotYou e-dompet Boost. 

Sebanyak RM694,843.13 diderma kepada ‘Tabung COVID-19 by Boost’ bagi membantu petugas barisan hadapan dalam gerak gempur menentang pandemik COVID-19. Saluran dana yang utama diberi kepada Tabung COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Selain ‘Tabung COVID-19 by Boost’, sepanjang bulan Ramadan, Boost mengumpul sebanyak RM479,000 untuk badan-badan amal melalui kempen 30 Hari 30 Amalan yang memberangsangkan. Kempen Ramadan seiring dengan inisiatif #DoGoodWithBoost dan sumbangan pada tahun ini meningkat sebanyak 4 kali ganda (4x) berbanding jumlah yang dikumpul pada Ramadan tahun lalu.   

Sepanjang bulan yang mulia, Boost mengetengahkan satu badan amal setiap hari di saluran media sosial dan dalam app bagi meningkatkan kesedaran awam tentang bakti murni mereka kepada golongan memerlukan serta komuniti rentan.

You might also like