Reviu Eksklusif: Puas Sangat Ke Main Game Guna Acer Predator Triton 500?

 

Percaya ataupun tidak, Acer Predator Triton 500 ini sebenarnya sangat power tau khususnya kalau nak main game!! Tapi best sangat ke main game guna komputer riba? Serius best ooo!!! Tak percaya? Jom tengok!!!

Spek Ringkas

Sebelum korang tengok dengan lebih mendalam pasal Acer Predator Triton 500 ni, ini spesifikasi ringkas Acer Predator Triton 500!!!

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i7-9750H
  • 15.6″ FHD IPS 144Hz
  • NVIDIA GeForce RTX 2070 dengan 8GB GDDR6 Dedicated VRAM
  • 256GB + 256GB PCle NVMe SSD
  • 4-cell Li-ion Battery
  • Aeroblade 3D Technology
  • PredatorSense
  • Harga: RM8699

Rekaan Seksi & Futuristik!

Kalau korang peminat rekaan yang futuristik, utuh dan eksklusif, komputer riba ini dapat memenuhi tuntutan anda tersebut. Logo di bahagian belakang komputer riba ini yang dihadirkan dengan LED sahaja sudah boleh membuatkan anda tidak senang duduk. Lebih menarik, butang Turbo eksklusif telah dihadirkan pada bahagian atas papan kekunci. Tengok laa sendiri rupa paras komputer riba ni!!

Paparan Buat Mata Anda Terbeliak!!!

Saiz paparan ini best sebab tampil dengan 15.6 inci. Lebih awesome lagi apabila ia dipadankan dengan skrin FHD IPS yang membuatkan tontonan jadi lebih WOW!!! Bingkai komputer riba ini memang nipis. Tak hairanlah nisbah skrin dapat mencapai 81.3%. Paling penting, Acer Predator Triton 500 ini hadir dengan refresh rate 144Hz dan gamut warna 100%. Hambik!!! Kan terbeliak mata tu.

Tengok Speksifikasi, Boleh Terpelanting!!!

Tak dapat disangkal lagi Spesifikasi komputer ini memang Tip Top giler!!! Ia dilengkapi dengan generasi ke-9 Intel Core i7-9750H. Perghh itu pun dah buat korang teruja! Dipadankan pula dengan 16GB DDR4, dengan 256GB + 256GB PCIe NVMe SSD. Memang terpelanting kalau dapat nih!

Grafik pun bukan kaleng-kaleng apabila ia tampil dengan Nvidia GeForce RTX 2070 menghasilkan grafik yang not bad. Perincian yang terhasil buat penglaman tontonan anda jadi lagi best!! Jadi untuk bermain game yang bergrafik tinggi, tidak ada masalah!!!

Kami pun test la komputer riba ini untuk tengok performance menggunakan Userbenchmark dan Crystaldiskmark.

Userbenchmark

Crystaldisk mark

 

Semua Ada Pada Predator Sense!

Kalau buat kaki game memang perisian ini sangatlah mengujakan!!! Perisian ini membenarkan anda untuk memantau CPU, GPU dan suhu komputer ini. Lagi awesome apabila korang boleh mengawal pencahayaan papan kekunci, kelajuan kipas dan pelbagai lagi. Jadi anda boleh bermain game tanpa perlu bimbang terhadap prestasi kompter riba.

Generasi ke-4 Aeroblade 3D Technology

Sistem penyejukkan komputer riba ini pun memang nice giler lah!!! Tampil dengan rekaan yang bionic yang memberikan bunyi yang senyap ketika beroperasi. Rekaan ini juga membenarkan lebih banyak udara untuk masuk. Bilah pada penyejuk ini juga lebih nipis yang mana ia senipis 0.1mm. Justeru, tak hairanlah ia dihadirkan dengan 59 bilah bionic yang menghasilkan sistem penyejukkan yang lebih baik.

Sistem Bunyi Buat Anda Tak Tahan!

Nak main game sampai lembam bukan pada grafik je tau. Sistem bunyi kena juga perform. Bagi Acer Predator Triton 500 tampil dengan sistem bunyi yang best! Dihadirkan di bahagian bawah membuatkan hasil bunyi tidak terhalang. Jadi tak hairanlah hasil bunyi dari komputer ini memang terbaik. Kuat, lantang dan jelas. So
memang puas laa citer dia kalau main game atau tengok video!

Bateri Pun Thorbaik!!

Kami jugak nak tengok berapa lama masa yang diambil untuk mengecas penuh Acer Predator Triton ini. Kami mula mengecas komputer ini pada 21% pada jam 3.06 petang. Ia di cas penuh 100% pada jam 5.15 petang. Mengambil masa selama 2 jam 9 minit.

 

Nak Bukti Main Game Best?

Kalau korang masih nak tahu jugak macam mana best main game pakai Acer Predator Triton 500 ini? Kami kongsikan kepada anda pengalaman main League of Legends guna Acer Predator Triton 500!!

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, memang best gler kalau nak main game pakai Acer Predator Triton 500 ini. Paparan memang tip top, grafik memang superb, bunyi memang onz!!! Sistem penyejukkan pon boleh tahan. Kalau main game memang tak sedar dah berapa jam main. So Memang PUAS GILER!!!

Beli Peranti Acer Di Sini:

_______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like