
Aplikasi Cool : Studio Selfie FaceTune2
Gila selfie tetapi gambar selfie kurang menarik? Mungkin kami ada penyelesaian untuk anda.
FaceTune2 adalah kesinambungan dari aplikasi versi terdahulu, aplikasi dari kumpulan developers Lightricks ini membolehkan anda melakukan talaan major kepada wajah dan imej. Aplikasi ini menawarkan fungsi normal yang ada pada aplikasi selfie seperti efek pemutihan gigi, kulit sempurna, tona rata dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai fungsi dan alatan seperti brushes, filter dan lain-lain.
Namun apa yang membezakan aplikasi FaceTune2 daripada aplikasi lain adalah ia juga menyertakan fungsi untuk anda membentuk semula wajah seperti di bahagian hidung, mulut, mata dan lain-lain. Aplikasi ini boleh menganalisa secara automatik bentuk wajah anda dan membentuknya semula berdasarkan data bentuk yang disimpan di dalam aplikasi. Apa yang menarik adalah fungsi ini membolehkan anda mengubah wajah menjadi lucu, pelik dan bermacam-macam lagi, semuanya bergantung kepada kreativiti anda.
Buat masa kini, aplikasi FaceTune2 hanya ditawarkan pada peranti iOS sahaja. Muat turun aplikasi di FaceTune2



