
Facebook Dan E! Akan Berkolaborasi Dalam Rancangan Bual Bicara Live
Facebook telah berjaya dalam memperluaskan lagi servis yang ditawarkan melalui platform rangkaian sosial mereka. Berita terbaru adalah mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pembekal kandungan hiburan E! yang bernaung di bawah NBC Universal. Dengan kerjasama tersebut, pengguna Facebook boleh menikmati siaran langsung rancangan temu bual yang akan disiarkan pada setiap hari.
Langkah tersebut jelas menunjukkan hala tuju Facebook pada masa hadapan. Berkemungkinan besar selepas ini kita tidak akan bergantung kepada siaran televisyen untuk menikmati kandungan hiburan, sebaliknya menggunakan media sosial untuk menonton rancangan kegemaran. Tren pada masa kini juga telah menunjukkan yang kita semakin berganjak dari televisyen dan lebih banyak menghadam kandungan digital melalui smartphone, tablet dan komputer.

