
Bukan 1 tapi 2? Redmi Bakal Muncul Dengan Peranti Baharu Lagi? Kita Tunggu 11 Februari Ini…
Hello peminat setia redmi! Adakah koran sedang menunggu sesuatu istimewa daripada Redmi? Baiklah, kami nak kongsikan berita baik! Redmi dikatakan bakal mengadakan sebuah acara pelancaran berlangsung di India pada 11 Februari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pihak Redmi India menerusi sebuah posting di laman Twitter rasmi mereka. Memetik imej dikongsi, Redmi menggoda orang ramai dengan produk yang bakal dilancarkan – peranti tersebut didatangkan dengan persediaan dwi kamera utama.

Satu lagi ciri utama dikongsi, ia membawakan kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh. Pun begitu, maklumat lanjut mengenainya masih lagi belum diketahui dan ramai berspekulasi peranti berkenaan adalah Redmi 9A. Benar atau tidak? Sama-sama kita tunggu!

