
Kini Rasmi! POCO X2 Sokong Paparan Skrin 120Hz, Chipset Snapdragon 730G & Pengecasan Pantas 27W
Akhirnya tiba, POCO X2 muncul secara rasmi. Penawaran kali ini nampaknya dipenuhi dengan peningkatan ketara yang pastinya memberikan pengalam lebih lancar kepada si kaki gamers – termasuk sokongan paparan 120Hz bersama binaan skrin besar.
POCO X2 membawakan binaan paparan bersaiz 6.67″ dengan nisbah 20:9. Dalaman peranti diperkasakan oleh chipset Snapdragon 730G dengan paduan GPU Adreno 618. Untuk memori, peranti ini menyokong sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB (berasaskan UFS 2.1). Ia juga dibekalkan dengan teknologi penyejukan yang ditambahbaik – teknologi LiquidCool.
Untuk persediaan kamera, ia membawakan sokongan empat kamera utama dengan gabungan lensa 64MP Sony IMX686 + 2MP (Depth) + 8MP (Ultra – Wide Angle) + 2MP (Macro). Mengirinya adalah sokongan dwi kamera selfie dengan lensa 20MP + 2MP. Menariknya, kamera ini menawarkan sejumlah mod rakaman khas seperti VLOG, rakaman gambar RAW dan video pada 960fps.
Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 27W yang didatang terus daripada kotak. Antara fungsi menarik lain termasuklah bicu audio 3.5mm dan IR Blaster. Pun begitu, ia dikatakan tidak didatang dengan sokongan kali air tetapi hanya disertakan dengan teknologi P2i Splash-Proof. Untuk keselamatan, ia dibina dengan sokongan pengimbas cap jari pada sisi.
Tersedia dalam tiga warna yang menarik seperti Atlantis Blue, Matrix Purple dan Pheonix Red, POCO X2 ditawarkan di pasaran India pada harga seperti berikut :
- POCO X2 ( 6GB RAM + 64GB ROM) – Rs 15,999 ( ~RM925)
- POCO X2 ( 6GB RAM + 128GB ROM) – Rs 16,999 ( ~RM983)
- POCO X2 ( 8GB RAM + 256GB ROM) – Rs 19,999 ( ~RM1,157)





























