

Boost, peneraju fintech serantau, hari ini mengumumkan peningkatan keupayaan pembayaran rentas sempadan dengan integrasi Baharu bersama UnionPay International (UPI), yang turut merangkumi penerimaan terus di peruncit QR Weixin Pay di China. Weixin Pay yang juga dikenali secara global sebagai WeChat Pay, meluaskan capaian Boost ke salah satu ekosistem pembayaran digital paling maju di dunia.
Pencapaian terbaru ini dalam pembayaran rentas sempadan mengukuhkan matlamat Boost untuk mengintegrasikan teknologi kewangan dalam kehidupan seharian, di mana perkhidmatan pembayaran Boost beserta perbankan digital membolehkan urusniaga yang selamat dan terjamin dengan hanya satu langkah dan satu platform, di mana-mana sahaja. Dengan perkhidmatan kewangan ’embedded,’ pengguna dapat berurusniaga di luar negara melalui akses langsung kepada Boost PayFlexTM dan tambah nilai automatik daripada akaun simpanan Boost Bank.
PEMBAYARAN DI LUAR NEGARA SEPERTI DI MALAYSIA JUA
Kemudahan ini tersedia bawah ciri “Scan & Pay” Boost dan tidak memerlukan aplikasi atau pendaftaran tambahan, menjaminkan pengalaman yang lancar. Dengan ciri ini, pengguna Boost boleh:
- Membuat pembayaran seperti penduduk setempat di China dengan mengimbas kod pembayaran kod QR, termasuk kod statik di pelbagai cawangan beli-belah utama.
- Berbelanja dengan mudah di seluruh dunia dengan pedagang UnionPay Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Kemboja, Korea Selatan, Australia dan banyak lagi
- Berurusniaga di luar negara dan menikmati akses langsung dan kawalan terhadap aliran dana melalui ciri-ciri utama seperti Boost eWallet Top-up, PayFlexTM Cash-in, dan tambah nilai automatik Boost Bank melalui perkhidmatan kewangan ’embedded.’
- Berurusan dengan telus dan yakin melalui paparan kadar tukaran mata wang asing masa nyata, pecahan fi yang jelas dan sejarah transaksi yang boleh diakses secara langsung dalam aplikasi Boost eWallet.
“Sejak mula, Boost eWallet menjadi batu loncatan untuk kami membina ekosistem perkhidmatan kewangan berintegrasi yang lebih meluas. Kini perjalanan perbankan ’embedded’ kami sudah bermula dengan rancak, pengguna tidak perlu menukar platform dengan adanya akses langsung kepada ciri-ciri perbankan seperti Boost PayFlex dan tambah nilai langsung dari Boost Bank dalam pengalaman pembayaran harian mereka. Dengan peningkatan perkhidmatan rentas sempadan ini, integrasi perkhidmatan semakin menjadi kenyataan. Dengan memanfaatkan rangkaian global UnionPay dan kedudukan dominannya di China, pengguna Boost kini boleh menikmati transaksi tanpa tunai merentas sempadan dengan mudah di mana sahaja mereka berada,” kata Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life.
“Integrasi kami dengan UnionPay International dan Weixin Pay memperkukuah lagi misi kami untuk membina masa depan di mana akses kewangan digital adalah intuitif, memperkasa dan benar-benar sejagat. Kini, pengguna Boost boleh mengembara ke seluruh dunia dengan yakin, dengan menikmati transaksi rentas sempadan yang mudah. Sama ada di Malaysia atau di luar negara, penyelesaian kami mengekalkan tahap kebolehpercayaan yang konsisten. Seiring dengan peningkatan keterhubungan serantau, Boost kekal komited untuk membentuk masa depan di mana akses dan pemerkasaan diintegrasikan ke dalam kehidupan harian pengguna, dengan pendekatan berteraskan pengguna dalam membina ekosistem kewangan yang lebih inklusif,” kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost.
“UnionPay International komited untuk memperkasa kesalingoperasian pembayaran rentas sempadan melalui kerjasama strategik yang memperkukuh ekosistem pembayaran global. Kerjasama kami dengan Boost mencerminkan usaha berterusan untuk menyediakan lebih ramai pengguna dengan penyelesaian pembayaran kod QR yang selamat, efisien dan diterima secara meluas. Dengan membolehkan pengguna Boost bertransaksi dengan lancar dalam rangkaian penerimaan global UnionPay, kami ingin menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman pembayaran digital yang lancar bagi para pelancong,” kata Dr. Jian Jiangtao, Pengarah Urusan UnionPay International Cawangan Asia Tenggara.
MELUASKAN AKSES KEWANGAN SETEMPAT DAN GLOBAL
Perkembangan terbaru ini meningkatkan kebolehan rentas sempadan sedia ada Boost yang membolehkan pembayaran QR inbound daripada pengunjung antarabangsa ke Malaysia. Dengan kemudahan pembayaran outbound, Boost kini melengkapkan pengalaman pembayaran rentas sempadan yang membolehkan pengguna bertransaksi dengan yakin sama ada di dalam atau luar negara. Ini mengukuhkan peranan Boost sebagai platform digital yang terangkum dan tekad menjadikan akses kewangan lebih mudah, selamat dan boleh skala untuk semua.
Untuk maklumat lanjut berkaitan ciri pembayaran rentas sempadan Boost, sila kunjungi: https://link.myboost.co/cross-border-payment

