Jadi Topik Hangat! Lebih Banyak Kebocoran! Nubia Red Magic 5G Sokong Kamera Utama 64MP?

Nubia nampaknya dalam persediaan untuk pengenalan sebuah lagi peranti baharu. Tersebar khabar angin yang mengatakan bahawa model tersebut merujuk kepada Nubia Red Magic 5G dan maklumat tertiris mengenainya telah muncul sejak Disember lalu. Semakin hari semakin banyak maklumat bocor mengenainya yang muncul di arena web.

Kini tersebar luas sebuah tweet yang mendedahkan beberapa spesifikasi utama peranti. Menurut leaker, Nubia Red Magic 5G mungkin menyertakan paparan OLED bersaiz 6.65″ dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) bersama kadar kesegaran mencecah 144Hz. Menurut sumber, kadar penyegaran ini pada asalnya disahkan oleh presiden Nubia sendiri sekitar bulan Januari lalu – ia sekaligus menjadikan peranti ini adalah yang pertama dilancarkan dengan ciri tersebut terus daripada kotak.

Selain itu, terdapat juga imej tersebar mendedahkan ubia Red Magic 5G didatangakan dengan sokongan 3 kamera belakang dengan lensa utama adalah 64MP. Untuk pemproses pula, tiada maklumat yang diperolehi mengenainya tetapi ia dikatakan bakal dipasangkan dengan dengan 12GB RAM LPDDR5. Kapasiti bateri juga masih belum diketahui. Apa kata korang mengenainya? Kongsi dengan kami dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[ S U M B E R ]

You might also like