Magic: Manastrike Kini Tersedia Di App Store & Play Store – Jom Muat Turun Sekarang!

Heyya! Netmarble Corp secara rasminya mengumumkan permainan mudah alih Magic: Manastrike kini tersedia di aplikasi App Store dan Google Play. Pada awal pelancaran ini, pengguna yang memuat turun permainan ini bakal menerima pelbagai ganjaran menarik termasuklah Gold (mata wang dalam permainan), Gems (mata wang premium), satu Player Icon dan sepuluh emoji bertemakan Magic: The Gathering’s Planeswalkers.

Selain itu, terdapat juga beberapa ganjaran lain yang menanti. Berminat nak muat turun permainan ini? Jom usha di Google Play dan App Store sekarang! Kekal bersama eRing untuk lebih info mengenai permainan mudah alih menarik!

You might also like