
iQOO 3 Bakal Muncul? Peranti Flasgship Baharu Bakal Gegar Industri Peranti Pintar?
iQOO mula memperkenalkan peranti pertamanya sekitar tahun lepas. Bermula daripada iQOO, iQOO Neo, iQOO Pro, iQOO Pro 5G, iQOO Neo 855 dan iQOO Neo 855 Racing. Tahun ini, iQOO bakal membuat kejutan lagi dengan kemunculan peranti baharu di India – dijangka sekitar bulan hadapan. Menurut maklumat bocor, ia mungkin dikenali sebagai iQOO 3.

Memetik kebocoran, peranti tersebut mungkin membawakan Samsung OLED bersaiz 6.44″ dengan resolusi (2400 x 1080). Selain itu, ia juga mungkin menyertakan rekaan berlubang kecil pada sudut kanan. Lebih menarik, ia juga mungkin membawakan paparan dengan kadar segar yang lebih tinggi.
Untuk dalaman, ia mungkin membawakan cip pemproses Snapdragon 865 bersama modem sokongan 5G. Selain itu, ia munkin mempunyai quad kamera pada bahagian belakang dengan lensa 48MP dan diposisikan pada bahagian kiri. Ia juga mungkin menggunakan bateri berkapasiti 4,4100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W.

Pun begitu maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya – spesifikasi tertiris adalah berdasarkan prototaip dan mungkin berbeza dengan produk akhir. So, sama – sama kita tunggu!

