
POCO X2 Bakal Hadir Dengan Sokongan Paparan Skrin 120Hz?
POCO telah pun berkongsi berita menarik di mana mereka bakal muncul dengan pewaris baharu iaitu POCO X2 pada 4 Februari ini. Ia menjadi peranti pertama daripada POCO selepas menjadi bebas.

Menjelang pelancaran rasmi, POCO nampaknya mengacah orang ramai dengan pelbagai spesifikasi peranti termasuklah ia bakal membawakan sokongan paparan skrin 120Hz! Perkara ini diperoleh daripada kebocoran sebuah poster acah dengan caption “RealityFlow 120Hz”.

POCO turut menambah kejutan dengan mengacah bahawa peranti ini mungkin membawakan lensa 64MP Sony IMX686, chipset Snapdragon dan sejenis cecair penyejuk. Dengan pengesahan kadar penyegaran ini, kita boleh menjangkakan POCO bakal terus mengacah orang ramai dengan lebih banyak butiran pada masa akan datang. So, korang okay tak tu?
[ S U M B E R ]

