Little Town Hero Bakal Hadir Menerusi Platform PlayStation 4 Pada April Ini??

Buat kaki game pasti berasa teruja apabila permainan Little Hero bakal dihadirkan menerusi platform PlayStation 4(PS4) menjelang April ini.

Menurut laporan daripada Game Freak, ia bakal dilancarkan pada 23 April ini bagi pasaran Jepun. Namun belum diketahui lagi bila ia akan dilancarkan bagi peringkat global.

Buat yang tidak mengetahui, Little Town Hero adalah permainan RPG yang mana pemain akan mengawal watak seorang kanak-kanak lelaki bernama Axe yang melawan raksasa-raksasa.

Menariknya, ia menampilkan pertempuran yang menggunakan strategi yang sangat menarik. Ia memerlukan anda untuk menggunakan taktikal bagi mempertahan kampung daripada diserang.

Permainan ini kini sudah tersedia di Switch.

_________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like