Pameran Digi 5GDP Di Langkawi – Pamer Demonstrasi Pemindahan Data Perubatan Masa Nyata Dikuasakan Oleh 5G

Digi baru – baru ini menganjurkan demonstrasi secara langsung (LIVE) pemindahan data perubatan masa nyata 5G antara paramedik di dalam ambulans dan doktor 5G pertama Malaysia di Hospital Sultanah Maliha Langkawi. Demonstrasi dipersembahkan dalam pameran Digi 5GDP yang berlangsung di Langkawi. Turut hadir dan menjadi saksi pelancaran demonstrasi ialah YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penstrukturan berterusan data pesakit ini bakal mencipta pengalaman penjagaan pesakit yang lebih baik dan hasil peningkatan kehidupan lebih baik. Gigabait data perubatan kini boleh dipindahkan pada kelajuan pantas untuk pelbagai peranti ketika dalam keadaan kecemasan. Perkara ini bakal beri impak positif dan penting di mana membolehkan pemantauan dan diagnosis penjagaan kesihatan jarak jauh – bermakna kesihatan dapat diakses oleh semua orang meskipun dalam kawasan yang sukar dijangkau.

Pameran ini adalah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan, Collaborative Research In Engineering, Science & Technology (CREST) dan ZTE – dilaksanakan olehSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha memupuk penggunaan 5G dalam persekitaran sebenar tetapi dikawal. Maklumat lanjut, layari Digi.

You might also like