
Oh Yeah! Touch ‘N Go eWallet kini bersedia di seluruh Pulau Pinang, termasuk gerai-gerai dan pusat penjaja di sepanjang jalan-jalan warisan George Town seperti Pasar Chowrasta, Lebuh Armenian, Jalan Nagore, serta beberapa kawasan di Pulau Tikus dan Tanjung Tokong.
Dilancarkan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow, pengguna TNG eWallet akan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah dan pantas dengan hanya mengimbas kod QR peniaga untuk melakukan pembelian, tanpa perlu risau tentang adanya wang tunai atau penukaran baki.
Penyertaan TNG eWallet di Pulau Pinang adalah sejajar dengan rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, “Penang2030” – satu pelan tindakan yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesesuaian hidup, ekonomi, penyertaan awam dan pembangunan yang seimbang untuk menjadi “Negeri yang Mementingkan Keluarga, Kehijauan dan Kepintaran”.
Dengan penyertaan Pulau Pinang ke dalam rangkaian mereka, TNG eWallet juga telah memperluaskan jangkauan inisiatif “e-Tunai Rakyat” oleh pihak Kerajaan pusat, di mana setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menerima RM30 dalam akaun eDompet mereka mulai 15 Januari 2020.
Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet menerusi : Android | iOS

