[TERTIRIS] : realme X50 5G Bakal Dibekalkan Dengan Sistem Penyejukan Menakjubkan?

realme dijangka muncul dengan satu lagi peranti baharu iaitu realme X50 5G – dijangka muncul sebelum 25 Januari kelak, tetapi realme masih belum berkongsi tarikh rasmi untuk pelancaran.

Sebelum ini, realme mengesahkan bahawa realme X50 5G bakal dikuasakan oleh Snapdragon 756G dengan sokongan 5G dan Wi-Fi secara serentak. Kini, realme terus mengacah orang ramai dengan satu lagi ciri di mana realme X50 5G bakal didatangkan dengan sistem penyejukan yang menakjubkan.

realme mengatakan bahawa realme X50 5G bakal didatangkan dengan sistem pelepasan haba lima dimensi dan ia bakal meliputi 100% kawasan sumber haba. Sistem penyejukan ini termasuk tiub haba yang disejukkan dengan cecair ultra dengan dimensi 8mm.

realme X50 5G bakal membawakan rekaan paparan berlubang pada sudut kiri yang menempatkan dua kamera selfie. Selain itu, terdapat khabar angin mengatakan ia bakal dilengkapi 6.6″ LCD dengan persediaan quad camera 64MP dan pengecasan pantas 30W. Tiada maklumat lain yang dikongsi, mungkin kita bakal mendengarnya pada masa akan datang.

You might also like