HP Sprocket Photo Printer, Pencetak Kompak Yang Boleh Dibawa Keluar?!

6HP sebelum ini telah hadir dengan beberapa pencetak mudah alih, dan terbaru mereka memperkenalkan sebuah pencetak kompak yang boleh dibawa ke mana sahaja. HP Sprocket Photo Printer menawarkan rekaan kompak bagi memudahkan anda mencetak gambar terus daripada smartphone ataupun tablet.

5Selain boleh disambungkan pada smartphone atau tablet yang dioperasikan oleh Android dan iOS menggunakan Bluetooth, pengguna boleh terus mencetak gambar menggunakan teknologi ZINK Zero Ink. Malah dengan tersedianya HP ZINK Photo Paper yang perlu dibeli secara berasingan, anda tidak perlu risau akan mengenai katrij warna kerana semuanya telah disediakan pada kertas tersebut.

2 HP Sprocket Photo Printer dikhaskan kepada golongan remaja dan dewasa yang ingin mencetak gambar di mana sahaja sebagai kenang-kenangan, selain gambar yang ingin dicetak juga boleh diedit terlebih dahulu.

HP Sprocket Photo Printer telahpun dijual pada harga USD 129.99 (kira-kira RM 538), manakala HP ZINK Photo Paper pula berharga USD 9.99 (kira-kira RM 41). Buat masa sekarang, belum ada maklumat rasmi bila HP Sprocket Photo Printer akan dipasarkan di Malaysia.

 

You might also like