Gambar Tertiris Smartphone Google Pixel

1Tinggal seminggu lagi Google akan mengumumkan smartphone terbaru mereka, dan ramai yang sudah sedia maklum bahawa tiada lagi Nexus selepas ini. Smartphone terbaru akan dijenamakan semula dengan nama Pixel.

2Sebelum ini kami sudah pun berkongsi gambar tertiris Google Pixel dengan anda, dan kini ada lagi gambar baru yang ditemui. Nampaknya gambar-gambar tertiris Google Pixel selari dan tidak bercanggah, jadi agak selamat untuk kita menjangkakan bahawa peranti sebenar Google Pixel akan kelihatan sama atau hampir sama dengan gambar yang disebarkan di dalam Internet.

Untuk pengetahuan anda Google berkemungkinan besar akan mengumumkan dua variasi peranti Pixel, iaitu Pixel X yang berukuran 5 inci dan Pixel XL yang mempunyai dimensi 5.5 inci. Konsep dua variasi ini sama sahaja seperti siri terakhir Nexus di mana Nexus 6P merupakan variasi flagship yang lebih besar dan mahal, manakala Nexus 5X lebih kecil dan dijual pada harga lebih rendah berbanding Nexus 6P.

 

You might also like