
HUAWEI Watch GT 2 ini baru sahaja dilancarkan dan pasti korang semua tak sabar untuk memilikinya. Ia bukan hanya sebarang jam yang hanya mempamerkan waktu dan tarikh, tapi ia juga memperlihatkan pelbagai fungsi yang AWESOME!!! Tapi apa yang bagus sangat mengenai jam ini? Tengoklah sendiri!!
Spesifikasi Ringkas
Sebelum nak tau dengan lebih dalam lagi bagus ke tak jam ni, korang kena tengok dulu spesifikasi ringkas jam ini!
-
Aspek
Huraian
Dimensi
(46mm): 45.9 mm × 45.9 mm x 10.7 mm
(42mm): 41.8mm x 41.8mm x 9.4 mm
Skrin
46mm : 1.39-inci
42mm: 1.2 inci
full-color AMOLED, full-screen touchscreen
Bateri
46mm: 2 Minggu untuk penggunaan tipikal
42mm: Seminggu untuk penggunaan tipikal
Non-detachable lithium-ion polymer battery
CPU
HUAWEI Kirin A1
GPS
GPS, GLONASS
Sensor
-
Accelerometer sensor
-
Gyroscope sensor
-
Optical Heart rate sensor
-
Ambient light sensor
-
Air pressure sensor
-
Capacitive sensor
Butang Fizikal
Butang kuasa, Butang pelbagai fungsi; supports touch, touch dan hold, dan double tap commands
Aras Kalis Air
5ATM
-
Rekaan Yang Stylo!
Fuh Ini bukan biashe-biashe apabila ia dihadirkan dengan rekaan yang super Stylo!Tampil dengan rekaan 3D glass menjadikan ia lebih eksklusif.
Skrin yang bersaiz 1.39’’ AMOLED HD colored touch screen memberikan paparan yang awesome dan gamut yang lebih luas, kontras yang lebih baik, warna yang lebih terang yang sekaligus memberi pengalaman paparan yang ONZZ giler!
Bukan itu sahaja, ia juga dihadirkan dengan antara muka AWESOME yang pelbagai. Korang boleh memilih antara yang kegemaran mengikut kehendak anda. Apa yang penting, ia adalah percuma! Nak download pun senang, anda hanya perlu bukan aplikasi HUAWEI Heath, dan pilih device, kemudian pilih watch face. TADAAAA!!!
Genius Betul!!!!
Ini yang best mengenai jam ini, kerana ia sangat pintar. Ia boleh pantau tahap kesihatan korang!! Menariknya, anda sentiasa boleh memantau kadar degupan jantung anda. Sekiranya kadar melebihi 100 bpm atau di bawah 50 bpm bagi 10 minit secara berterusan, anda akan menerima mesej peringatan.
Korang juga boleh memantau kualiti tidur ada dengan sleep mode yang hadir pada jam ini. jadi boleh lihat sama anda anda menikmati sleep deep, Light Sleep dan REM Sleep.

Bagi mereka yang berada dalam keadaan statik sahaja terutama yang bekerja di pejabat, ia akan menghantar peringatan untuk melakukan pergerakan untuk menyegarkan badan.
Ber ‘fitness’ Dengan HUAWEI Watch GT2

Ini adalah fungsi yang awesome yang ada pada HUAWEI Watch GT2 ini. Setiap kali anda melakukan senaman atau bersukan, anda boleh memantau dan merekodkan workout yang dilakukan. Tidak kira sama anda melakukan larian sama indoor dan outdoor, berenang, cycling, mendaki, dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh melihat kalori yang dibakar ketika melakukan senaman. Saya telah mencuba melakukan aktiviti riadah menggunakan peranti ini dan ia sangat baik. Kalau macam ni lagi semangat nak bersenam!!
HUAWEI Watch GT2 Setiausaha Peribadi Anda
Serius HUAWEI Watch GT2 sebagai pembantu peribadi memang best giler!! Notifikasi yang masuk pada telefon anda sama ada mesej, email dan termasuklah pangilan masuk boleh dipaparkan. Menariknya, anda boleh menjawab panggilan menerusi jam ini kerana ia turut disertakan dengan speaker dan bLuetooth Calling.
Kadang-kadang korang mesti terlupa di mana anda meletakkan telefon anda, Jangan risau kerana menerusi HUAWEI Watch GT2 ini, anda boleh mengesan di mana telefon anda menggunakan Phone Finder. Dengan menggunakan fungsi ini, telefon anda akan berdering supaya ia memudahkan anda untuk mengetahui lokasi peranti anda.
Bateri Gagah Perkasa!

Pergh ini serius bukan kaleng-kaleng tau. Jam ini dihadirkan dengan cip pemproses kirin A1 yang mana memberikan daya tahan bateri yang lebih lama. Ia mampu untuk bertahan sehingga 2 minggu dan mengurangkan penggunaan kuasa ekoran daripada Smart power saving algorithm 2.0 mode.


Masa mengecas juga sangat pantas. Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas HUAWEI Watch GT2 ini. Kami mula mengecas ia pada pukul 12.25 tengah hari ketika ia berada 0%. Ia mencapai 100% pada jam 2.23 petang . Mengambil masa hanya selama 1 jam 57 minit..
Apa Kata Editor
Secara keseluruhan HUAWEI Watch GT2 ini bukan jam yang biashe-biashe. Spesifikasi yang memang power dengan fungsi yang pelbagai pasti memudahkan hidup anda khususnya dari aspek pemantauan kesihatan. Jadi berbaloi untuk dimiliki. Sangat recommended!!!
Harga Jualan:
Beli Peranti HUAWEI Di Sini:
____________________________
Artikel Berkaitan:

