
Bagi mereka yang kerap menggunakan kamera smartphone dan melakukan proses editing pada aplikasi mobil pastinya pernah menggunakan aplikasi PicsArt. Fungsi asas editing dan talaan imej merupakan ciri utama pada aplikasi ini, namun dengan lambakan aplikasi baru mungkin kebanyakan dari anda juga sudah beralih arah kepada aplikasi yang lebih baru.
Kini PicsArt kembali hadir dengan fungsi yang sungguh mengagumkan, boleh dikatakan fungsi baru ini merupakan alternatif kepada efek yang ditawarkan aplikasi Prisma. Fungsi terbaru ini dikenali sebagai Magic Effect yang menggunakan teknologi AI bagi menganalisa gambar dan kemudian membina semula imej tersebut, menjadikannya lebih artistik.
Buat masa kini, fungsi Magic Effect ditawarkan pada aplikasi PicsArt versi terbaru untuk platform iOS, manakala untuk peranti Android akan hadir tidak lama lagi.

