vivo V60 Dilancarkan di Malaysia: 10x ZEISS Telephoto Zoom Flagship Sebenar, Membawa Dunia Lebih Dekat — Bermula pada Harga RM1,999

vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo V60, tambahan terbaharu yang berkuasa dalam siri V. Dibangunkan bersama melalui kerjasama rapat dengan ZEISS, vivo V60 menetapkan semula standard fotografi potret dengan mudah melalui 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera yang serba boleh, 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait terkemuka dalam segmennya, serta ZEISS Multifocal Portrait dengan dua jarak fokus emas daripada barisan flagship vivo, iaitu 85mm dan 100mm, bersama pelbagai ciri pengimejan canggih lain.Menggabungkan reka bentuk yang anggun tetapi kukuh, bateri berkapasiti besar yang tahan lama serta teknologi pengecasan pantas, vivo V60 memastikan pengguna kekal berhubung sepanjang hari dalam apa jua keadaan. Selain itu, untuk prestasi jangka panjang yang lebih boleh dipercayai, vivo V60 turut menyokong 4 kali kemas kini OS dan 6 tahun kemaskini keselamatan.

“Dibangunkan dengan visi untuk membawa fotografi potret setaraf profesional ke dalam telefon pintar, vivo V60 membantu pengguna merakam momen indah dengan mudah. Dengan 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera yang mampu menghasilkan potret jarak dekat yang lebih jelas walaupun dari jauh, inilah peranti yang pasti anda ingin bawa ke acara istimewa seterusnya,” kata Mike Xu, CEO vivo Malaysia. “Daripada kemampuan fotografi yang mudah, reka bentuk tahan jatuh, hinggalah bateri yang tahan lama, vivo V60 adalah teman setia yang mampu mengikuti rentak anda serta menyokong tugasan paling mencabar.”

Dibangunkan Bersama ZEISS untuk Merakam Setiap Detik Istimewa dengan Penuh Keindahan dan Perincian

vivo V60 baharu hadir dengan sistem pengimejan serba boleh yang dibangunkan bersama ZEISS, direka untuk menghasilkan potret memukau, vlog persembahan, serta momen istimewa bersama rakan dan keluarga. 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera memberikan hasil setaraf profesional dengan sensor Sony IMX882 (1/1.953”) berkuasa tinggi dan bukaan besar f/2.65. Reka bentuk periskop inovatifnya pula membolehkan zum telefoto yang lebih hebat tanpa menambah ketebalan modul kamera.

10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait pada vivo V60 membolehkan pengguna merakam potret jarak dekat yang jelas dan hidup, seolah-olah berada di barisan hadapan pentas. Setiap butiran halus seperti ekspresi wajah, tona kulit semula jadi, dan tekstur pakaian dipelihara dengan sempurna, menjadikan foto penuh dengan energi persembahan. Dengan algoritma eksklusif vivo, pengguna hanya perlu mengetik  Stage Style untuk mendapatkan tetapan automatik yang dioptimumkan bagi rakaman pentas yang terbaik. Satu lagi ciri berkuasa ialah ZEISS Multifocal Portrait, yang menawarkan lima jarak fokus potret emas, diinspirasikan daripada kamera profesional. Dipertingkatkan dengan ZEISS Style Bokeh, ia memudahkan pengguna merakam potret sinematik yang menyerlahkan gaya ikonik lensa ZEISS. Untuk acara istimewa seperti konsert atau festival muzik, potret pada jarak fokus 85mm dan 100mm membolehkan momen penuh emosi dirakam dari jauh dengan kualiti sinematik dan kesan bokeh lembut yang menawan. Jarak fokus ini juga amat berguna untuk fotografi perjalanan, misalnya ketika bergambar di hadapan mercu tanda ikonik di lokasi pelancongan yang sesak. Dengan ciri Telephoto Landscape Portrait, pengguna boleh membingkai komposisi dengan mudah untuk menyerlahkan subjek dan mercu tanda, sambil mengezum bagi mengelakkan gangguan orang ramai, sekali gus menghasilkan foto setaraf poskad.

(Gambar hanyalah simulasi untuk tujuan demonstrasi. Sila rujuk hasil rakaman sebenar sebagai standard.)

Kehebatan lensa telefoto vivo V60 diperkasakan lagi dengan ciri Super Telephoto Enhancement. Dengan zum berkuasa AI, vivo V60 mampu mengekalkan kejelasan imej walaupun pada jarak yang ekstrem. Sama ada ketika mengezum pada 10x atau sehingga 100x, gabungan sensor bersaiz besar dan algoritma canggih yang dibangunkan oleh vivo memastikan setiap perincian kekal jelas dan nyata.

vivo V60 turut dilengkapi dengan 50 MP ZEISS OIS Main Camera menggunakan sensor Sony IMX766 untuk prestasi hebat dalam keadaan cahaya malap, serta 8MP ZEISS Ultra Wide-Angle Camera yang sesuai untuk rakaman gambar berkumpulan dan fotografi landskap. Di bahagian hadapan, 50 MP ZEISS Group Selfie Camera membolehkan rakaman swafoto dan gambar berkumpulan tanpa herotan, dipertingkatkan dengan AI Facial Contouring bagi hasil wajah yang tampak semula jadi. Untuk peminat video, vivo V60 menyokong rakaman 4K pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang, memberikan penceritaan dinamik yang ultra-jelas.

vivo V60 turut dilengkapi dengan ciri AI terkini untuk memudahkan penciptaan kandungan. AI Four-Season Portrait membolehkan pengguna menambahkan sentuhan suasana musim pada foto, memberikan lebih banyak pilihan kreatif khususnya untuk rakaman luar. 

(Gambar hanyalah simulasi untuk tujuan demonstrasi. Sila rujuk hasil rakaman sebenar sebagai standard.)

vivo V60 juga mampu menyelamatkan rakaman yang kurang sempurna. Dengan AI Erase 3.0, pengguna boleh membuang orang yang lalu-lalang atau elemen latar belakang yang mengganggu hanya dengan satu sentuhan, manakala AI Reflection Erase menghapuskan silau dan pantulan pada foto yang dirakam melalui kaca, mengembalikannya kepada keadaan paling jelas dan semula jadi. Apabila komposisi terasa kurang seimbang, AI Magic Move membantu mengalihkan subjek dalam bingkai sambil melengkapkan latar belakang secara automatik untuk menghasilkan keseimbangan terbaik. Untuk meluaskan lagi kreativiti, AI Image Expander secara pintar menjana kawasan tambahan pada imej, menjadikan komposisi yang terhad kepada pemandangan yang lebih besar dan imaginatif.

Imej beresolusi rendah diberi nafas baharu dengan AI Photo Enhance, yang menggunakan model canggih untuk menaik taraf gambar menjadi versi definisi tinggi dengan kejelasan dan perincian yang jauh lebih baik. Ciri ini amat sesuai untuk menghidupkan kembali kenangan lama atau memperhalusi imej sebelum dikongsi.

Reka Bentuk Tahan Lasak Berinspirasikan Alam Semula Jadi

vivo V60 menampilkan reka bentuk premium yang menggabungkan keanggunan dan ketahanan. Skrin dengan bingkai ultra-nipis memberikan pengalaman tontonan yang imersif, dipadankan dengan lengkungan emas 41° untuk keselesaan ergonomik. Sama ada ketika menatal media sosial atau bermain permainan, algoritma pencegahan sentuhan tidak sengaja memastikan penggunaan yang lancar tanpa gangguan.

Walaupun tampil dengan rekaan yang bergaya, vivo V60 dibina untuk ketahanan jangka panjang. Ia hadir dengan Penarafan Tertinggi IP68 & IP69 bagi Rintangan Habuk dan Air, mampu bertahan dalam rendaman sehingga 1.5 meter selama 120 minit serta semburan air bertekanan tinggi bersuhu 80°C. Fungsi One-Tap Water Ejection menyingkirkan kelembapan, manakala port berlapis platinum tahan kakisan meningkatkan perlindungan daripada karat. Selain itu, vivo V60 adalah peranti paling tahan lasak dalam sejarah siri V. Ia dilengkapi dengan Diamond Shield Glass baru yang menawarkan prestasi jatuh lebih baik berbanding generasi sebelumnya, disokong oleh Struktur Penyerap Hentakan Menyeluruh di bahagian dalaman yang menyerap impak dari semua sudut.

Bagi mereka yang mementingkan gaya sama seperti fungsi, vivo V60 hadir dalam tiga warna inspirasi alam semula jadi: Berry Purple, Summer Blue, dan Mist Gray.

Bateri Besar, Prestasi Hebat

Di sebalik reka bentuknya yang ramping, vivo V60 dilengkapi dengan Bateri BlueVolt 6500 mAh untuk penggunaan sepanjang hari dengan sekali cas, menghapuskan keperluan membawa power bank ketika hari bekerja yang panjang atau ketika melancong. Dengan teknologi 90W FlashCharge, pengguna boleh menikmati kuasa berjam-jam hanya selepas beberapa minit pengecasan. Pengoptimuman perisian seperti Super Battery Saver dan Bypass Charging memanjangkan jangka hayat bateri serta mengurangkan penghasilan haba, memastikan prestasi yang boleh dipercayai sehingga empat tahun.

vivo V60 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 4 Mobile Platform. Cip berkuasa ini mampu mengendalikan segala tugasan daripada multitasking hinggalah permainan intensif dengan lancar, disokong oleh 12 GB + 12 GB RAM Tambahan serta 512 GB ROM.

Bagi peminat permainan mudah alih, sokongan kadar bingkai tinggi asli untuk judul seperti MLBB (90 Hz) memastikan pengalaman permainan yang responsif, manakala kadar pensampelan sentuhan ultra-tinggi memberikan kawalan yang lebih tepat. Paparan yang diperakui HDR10+, dengan tahap kecerahan puncak sehingga 5000 nits, memastikan visual yang jelas dan hidup walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Produktiviti dan Kesambungan Lancar dengan AI

Sistem operasi vivo V60 telah dipertingkatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kesambungan. Dengan Google Gemini, pengguna boleh mengurus tugasan merentas aplikasi melalui perbualan semula jadi—sama ada untuk menyusun jadual harian atau meringkaskan serta menyalin video. Gemini berintegrasi dengan lancar bersama aplikasi pihak ketiga seperti Google Workspace, Spotify, dan WhatsApp bagi memudahkan aliran kerja.

Bagi panggilan perniagaan antarabangsa atau mesyuarat maya, AI Smart Call Assistant menyediakan Sari Kata Panggilan dan Terjemahan Masa Nyata, menghapuskan halangan bahasa serta memastikan komunikasi berjalan lancar. Selepas panggilan, AI Intelligent Summary menyorot perkara penting, menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan. Pada masa yang sama, AI Captions menyalin mesyuarat secara automatik, menterjemah kandungan, serta menjana ringkasan padat—memudahkan pengendalian sebarang mesyuarat.

Kesambungan kini lebih kukuh dengan AI SuperLink, yang meningkatkan kekuatan isyarat di kawasan lemah seperti dalam lif atau tempat letak kereta bawah tanah, memastikan panggilan tidak terganggu dan penstriman berjalan lancar. Disokong dengan fungsi Sekatan Panggilan Spam berasaskan AI, privasi pengguna lebih terjamin.

Khusus untuk Malaysia, AI SuperLink kini dioptimumkan untuk persekitaran laluan MRT Kajang. Dengan talaan isyarat khas, vivo V60 meningkatkan prestasi rangkaian di sepanjang laluan ini, memastikan panggilan dan penstriman video berjalan lancar walaupun di kawasan berisyarat lemah seperti lif dan garaj bawah tanah.

Ketersediaan

Bermula hari ini, vivo V60 boleh didapati pada harga RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,299 untuk varian 12GB + 512GB. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vivo.com/my 

Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my 

Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/  

Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/ 

You might also like