Pengumuman Google Pixel Pada 4 Oktober?!

1 Google memberikan sedikit hint bahawa smartphone terbaru mereka akan hadir tidak lama lagi, Google telah memuat naik imej yang mempunyai reka bentuk sebuah smartphone dan meletakkan tarikh 4 Oktober.2

Berkemungkinan besar kita akan dapat melihat Google mengumumkan smartphone dengan sistem operasi asli Nexus yang kali ini akan diberi nama Pixel. Menurut khabar angin, terdapat dua versi Google Pixel akan dilancarkan iaitu, Pixel dan Pixel XL. HTC dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan kedua-dua peranti ini, dan beberapa imej leak sudah mula muncul memperlihatkan rupa bentuk Pixel dan Pixel XL.

3Kita tunggu hingga 4 Oktober untuk mendapatkan kepastian berkenaan peranti ini dan jangan lupa tunggu berita semasa berkenaan Google Pixel dari kami.

You might also like