
Realme X2 Kini Rasmi – Hadir Dengan Kamera Utama 64MP & Dikuasakan Snapdragon 730G!!
Jenama peranti pintar yang semakin meningkat naik, Realme telah mengumumkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Realme X2 yang dijual pada harga bermula dari RMB1599 (kira – kira RM940).
Hadir dengan paparan 6.4 inci Super AMOLED dan tampil dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.
Menariknya, peranti ini ini dikuasakan oleh Snapdragon 730G dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB / 8GB dan storan sebesar 64GB / 128GB. Ia turut menjalankan sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android 9 Pie.
Aspek kamera juga sangat baik apabila dihadirkan dengan 4 kamera iaitu 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 32MP.
Kapasiti bateri juga dihadirkan dengan 4000mAh dan tampil dengan teknologi VOOC 4.0. Bakal dihadirkan dengan 2 varian warna iaitu Pearl White Pearl BLue.

Berikut adalah harga jualan peranti ini:
- 6GB + 64GB: RMB1599 (kira – kira RM940)
- 8GB + 128GB: RMB1899 (kira-kira RM1117)
Beli peranti Realme di:
____________________________
Artikel berkaitan:
- Realme Catat Rekod Terbaik Sebagai Jenama Pilihan Nombor 1 Pengguna Ketika Lazada 9.9 Sale!
- Realme XT Dengan Kamera 64MP Bakal Diperkenal Di India Pada 13 September Ini
- Realme Q Kini Rasmi Pada Harga Bermula Dari Kira – Kira RM586 – Tampil…
- Dapatkan Realme 3 Pro (4GB + 64GB ) Dengan Hanya RM699 – Eksklusif Pada…

