
Kejadian tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira jantina ataupun usia. Kanak-kanak merupakan golongan yang lebih terdedah kepada bahaya kerana mereka berada pada usia di mana mereka tidak mampu mempertahankan diri dan mengambil keputusan di saat-saat genting.
Peranti keselamatan seperti penjejak merupakan salah satu solusi yang boleh diambil ibu-bapa bagi memastikan mereka sentiasa tenang apabila berjauhan dengan anak. Oleh itu, Maxis menawarkan pakej istimewa bagi ibu-bapa yang mahukan satu sistem sekuriti bersama-sama anak mereka.
Memperkenalkan MaxisONE Kid, satu pelan pascabayar direka khas yang dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak. Menggunakan jam tangan MaxisONE Kid, ibu bapa boleh memantau lokasi anak-anak mereka dan berkomunikasi dengan mereka secara mudah walaupun anak-anak mereka tidak memiliki telefon pintar.
Satu ciri istimewa yang terdapat dalam jam MaxisONE Kid adalah fungsi GPS, yang dapat membantu mengesan dan menghantar lokasi dan pergerakan masa nyata kanak-kanak ke sebuah aplikasi yang terdapat pada telefon pintar ibu bapa. Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk menguruskan senarai kenalan anak mereka, menetapkan amaran untuk dihantar apabila kanak-kanak memasuki zon selamat dan berbahaya, menghantar mesej teks, membuat panggilan dan menerima gambar yang diambil dari jam pintar kanak-kanak.
Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk “matikan” fungsi panggilan dan berbual semasa waktu sekolah untuk memastikan tiada gangguan semasa kanak-kanak berada di sekolah. Aplikasi ini juga memaparkan hayat bateri jam tangan pintar dan juga bilangan langkah yang diambil oleh kanak-kanak tersebut pada siang hari.
Dengan MaxisONE Kid, anda akan menikmati:-
- Pengesanan pintar
Laporan lokasi masa nyata yang tepat dan sejarah lokasi anak-anak anda. Anda juga boleh melaraskan kekerapan lokasi anak anda dikemaskini dalam peta. - Panggilan tanpa had
Buat panggilan tanpa had ke 10 nombor pilihan anda pada mana-mana rangkaian. Ini membolehkan ibu bapa untuk mengawal nombor yang boleh ditelefon oleh anak mereka dan siapa yang boleh menelefon anak mereka. - Keselamatan pintar
Mod mendengar jauh (keupayaan untuk mendengar persekitaran anak anda) dan fungsi panggilan SOS satu sentuhan sekiranya berlaku kecemasan. - Ciri-ciri tambahan yang menarik
Fungsi panggilan dua hala dengan kamera 0.3MP dan pedometer yang sudah terbina dalam telefon tersebut. - Kongsi penjagaan
Tetapkan sehingga 4 penjaga yang boleh memantau lokasi kanak-kanak.
Butiran Pakej:-
- Setiap pakej pembelian hadir dengan satu kad SIM MaxisONE Kid dan seutas jam tangan QQ Watch.
- Pakej data adalah 500 MB data Internet, panggilan tanpa had kepada 10 nombor pada mana-mana rangkaian dan fungsi pesanan suara.
- RM 58 sebulan dengan MaxisONE 98, kontrak pakej adalah selama satu tahun.


