HUAWEI Watch GT2 & HUAWEI FreeBuds 3 Rasmi – Lebih Berkuasa Untuk Pengalaman Tiada Tandingan

Seiring pelancaran siri HUAWEI Mate 30, HUAWEI turut menambah sejumlah aksesori keluaran mereka iaitu HUAWEI Watch GT 2 & HUAWEI FreeBuds 3. Kedua-duanya dilihat tampil dengan spesifikasi lebih berkuasa bersama rekaan lebih menarik.

 

HUAWEI WATCH GT2

HUAWEI Watch GT2 akhirnya rasmi! Tampil dengan reka bentuk serba baharu, ketahanan bateri sehingga 2 minggu dan dua versi yang berbeza – 46mm & 42mm. Bagi spesifikasi, Watch GT 2 (42mm) datang dengan paparan bersaiz 1.2″ AMOLED (390-390 piksel). Manakala, Watch GT 2 (46mm) pula dilengkapi paparan 1.39″.

HUAWEI telah menambah panggilan bluetooth pada HUAWEI Watch GT 2 untuk pertama kalinya – membolehkan pengguna membuat panggilan pada jarak sehingga 150m daripada peranti. Ruang penyimpanan juga agak memadai – 2GB. Ia juga boleh mengesan sehingga 15 jenis sukan termasuk berjalan kaki, mendaki dan banyak lagi.

HUAWEI Watch GT 2 juga dibekalkan dengan sokongan rintangan air sehingga 50m dan mampu menjejaki kadar jantung pengguna setiap 10 minit tanpa menjejaskan jangka hayat bateri.

 

HUAWEI FREEBUD 3

Ciri paling menarik pada HUAWEI Freebud 3 adalah sokongan untuk pembatalan bunyi aktif – bagi menghilangkan bunyi latar dan pada masa yang sama meningkatkan output suara ketika panggilan. Ia juga didatangkan dengan sokongan isyarat sentuhan, sambungan dual-mode Bluetooth 5.1 dan sensor suara terbina.

Freebud 3 juga menggunakan chipset Bluetooth Kirin A1 dan didakwa menjadi earbuds pertama di dunia untuk datang dengan sokongan sambungan dual mode Bluetooth 5.1 (Bluetooth Low Energy).

Ketersediaan  & Harga

Ketersediaan dan penawaran harga untuk kedua-dua aksesori adalah seperti berikut :

  • HUAWEI Watch GT 2 (42mm) – Euro 229(~ RM1061)
  • HUAWEI Watch GT 2 (46mm) – Euro 249(~ RM1154)
  • HUAWEI FreeBuds 3 – Euro 179 (~RM829)
You might also like