
[TERTIRIS] : Redmi Note 8 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk Kecil & Kotak Pembungkus Kini Diperlihatkan
Pembukaan minggu ini nampaknya kita dipenuhi dengan berita mengenai pendatang baru Redmi iaitu siri Redmi Note 8. Redmi bakal memperkenalkan dua versi di bawah model ini – Redmi 8 dan Redmi 8 Pro.

Kebocoran terkini mendedahkan Redmi Note 8 Pro bakal membawakan rekaan takuk kecil sebesar titisan air pada paparan hadapan – ketirisan maklumat ini diperoleh menerusi sebuah video promosi yang kini tersebar. Video promosi tersebut sebenarnya bagi membuktikan ketahanan binaan kaca pada peranti – namun kita dapat lihat secara langsung bagaimana paparan hadapan Redmi Note 8 Pro di penghujung video.
Dalam pada itu, pengurus besar Redmi iaitu Lu Weibing juga telah berkongsi kotak pembungkus Redmi Note 8 Pro. Memetik imej dikongsi, ianya dihiasi dengan warna kecerunan – terdapat sedikit warna seakan-akan ungu pada bahagian bawah kotak. Pada kotak tersebut juga terdapat tulisan memperlihatkan model tersebut – Redmi Note 8 Pro yang ditulis secara menegak.

[SUMBER]

