

Setelah muncul di Kuala Lumpur Fashion Week 2019 sebelum ini, HUAWEI kini secara rasminya memperkenalkan pendatang baharu mereka iaitu HUAWEI Nova 5T. Peranti ini dilihat tampil lebih hebat sama ada dari aspek luaran dan dalaman.

HUAWEI Nova 5T didatangkan dengan skrin bersaiz 6.26″ IPS LCD FHD+ bersama rekaan paparan berlubang. Enjin dalaman HUAWEI Nova 5T dijana oleh cip pemproses Kirin 980 dengan persediaan memori sebesar 8GB RAM dan storan dalaman 128GB ROM.

Untuk sokongan kamera, HUAWEI Nova 5T mempunyai sokongan empat kamera utama di belakang dengan gabungan lensa : 48MP + 16MP + 2MP + 2MP. Seterusnya, persediaan kamera swafoto dengan lensa tunggal 32MP. Selain itu, sistem imbasan cap jari terletak pada butang kuasa di sisi kerangka.

Melengkapinya, peranti adalah bateri berkapasiti 3,750 mAh (melalui USB-C) dengan sokongan SuperCharge 22.5W. HUAWEI Nova 5T didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik seperti Midsummer Purple, Crush Blue dan Black – harga jualan ditawarkan adalah RM 1599.


Bagi yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan boleh dilakukan bermula dari 29 Ogos 2019 di HUAWEI Online Oficial Store. Anda akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM325 termasuklah HUAWEI mini speaker dan HUAWEI Supercharge in-car charger. Pembeli yang membeli selepas tamat tempoh pratempahan turut menerima HUAWEI Supercharge in-car charger (sementara stok masih ada).

HUAWEI turut menawarkan 1 tahun lanjutan waranti kepada pelanggan yang membeli dari 29 hingga 31 Ogos 2019. Ketersediaan HUAWEi Nova 5T di seluruh negara berluma dari 7 September 2019.
BERMINAT, BELI NOVA 5T DI…








