
Realme 5 Bakal Dilancarkan Pada 20 Ogos Ini – Tampil Dengan Sistem 4 Kamera Serta Sensor 48MP Sony IMX586
Peminat peranti pintar khususnya golongan muda pastinya mengenali jenama Realme. Pada 20 Ogos ini Realme bakal memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu Realme 5 di India.
Realme ini bakal hadir dengan sistem 4 kamera yang mana ia dihadirkan dengan sensor 48MP Sony IMX586. Ia turut bakal dihadirkan dengan 119 darjah lensa sudut lebar dan sensor khas untuk rakaman jarak dekat ( makro) serta mengesan kedalaman.
Menurut maklumat yang diperoleh, ia tidak dihadirkan dengan zum optikal. Jadi sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini bagi mengetahui spesifikasi penuhnya.
____________________________
Artikel Berkaitan:

