HUAWEI Mate 20 X 5G Diperkenal – Sokong Kirin 980 + Balong 5000 + Bateri 4,200 mAh

HUAWEI Mate 20X 5G akhirnya diperkenalkan dalam sebuah pelancaran berlangsung di China, hari ini. Peranti ini merupakan telefon pintar 5G pertama keluaran HUAWEI. Salah satu ciri yang menjadi imej tumpu adalah ia dilengkapi sokongan dual-SIM yang mana kedua-dua dengan sambungan 5G.

HUAWEI Mate 20X 5G masih membawakan sejumlah ciri yang sama dengan HUAWEI Mate 20X versi 4G. Apa yang membezakan adalah HUAWEI Mate 20X 5G dijana oleh cip kirin 980 (7nm) dan dilengkapi modem Balong 5000. Peranti ini membawa kapasiti bateri lebih kecil iaitu 4,200 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

HUAWEI Mate 20X 5G dilengkapi paparan bersaiz 7.2 inci OLED dengan resolusi FHD+ (1080 X 2244 piksel) bersama rekaan takuk kecil. Untuk memori, peranti ini membawakan ketersediaan 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB ROM. Ia juga ditanam sokongan GPU Turbo 3.0 untuk pengalaman permainan lebih lancar.

Untuk kamera, HUAWEI Mate 20X 5G dilengkapi 24MP untuk kamera hadapan. Turut mengiringi, sokongan tri-kamera utama pada panel belakang. Tidak ketinggalan, sistem operasi digunakan adalah Android 9 Pie berasaskan antaramuka EMUI 9.1. HUAWEI Mate 20X 5G ditawarkan di pasaran China pada harga RMB6,199 (kira-kira RM3,710).

You might also like