
Samsung Membangunkan Rekaan Skrin Boleh Diperluaskan – Dikatakan Rekaan Yang Lebih Praktikal Berbanding Skrin Boleh Lipat
Samsung pastinya sebuah jenama peranti pintar yang sentiasa menghasilkan peranti yang berinovasi. Jika beberapa bulan dahulu ia memperkenalkan Galaxy Fold yang mana skrin boleh dilipat, kini dalam 1 maklumat yang terdedah, Samsung bakal hadir dengan paten skrin yang boleh diperluaskan.

Rekaan ini nyata lebih praktikal berbanding rekaan boleh lipat. Menariknya, skrin ini boleh diperluas dengan hanya menarik bahagian skrin yang tersorok di bahagian kanan. Ia dikatakan bakal menggunakan teknik paparan boleh gulung yang mana di gunakan menerusi rekaan ini.
Menerusi gambar yang tertiris ini, ia memperlihatkan kedudukan kamera berada di bahagian atas sebelah kanan dan melintang. Berbeza berbanding rekaan-rekaan sebelum ini.
Jika kita lihat menerusi imej paten tersebut, ia bakal dihadirkan dengan keupayaan tri-kamera dan dikatakan bakal tampil dengan kamera lebar biasa, ultralebar, dan telefoto.
Namun, masih tidak diketahui model yang manakah akan menggunakan paten ini. Jadi sama-sama kita nantikan perkembangan paten ini.
Sumber: LetsGo Digital

