OPPO Reno Bakal Tampil Dengan Warna Baharu, Sunset Rose – Pamer Sisi Romantik, Muda dan Kreativiti.

Jenama telefon pintar terkemuka, OPPO yang baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya iaitu OPPO Reno. Berita baik buat peminat OPPO apabila peranti ini kini bakal tampil dengan warna terbaharu iaitu OPPO Reno Sunset Rose yang sangat lembut dan cantik yang bakal di lancarkan pada 2 Julai nanti.

Warna terbaharu ini di inspirasikan oleh bunga Ros putih dipadankan dengan warna merah jambu yang terdapat ketika matahari terbenam. Ia nyata melambangkan sisi romantik, muda dan kreativiti.

[ OPPO Reno Rasmi Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM1,999 ]

Sebelum ini, OPPO Reno disertakan dengan 2 pilihan warna iaitu Ocean Green dan Jet Black.

Peranti ini dijual pada harga RM1999 bagi OPPO Reno (Versi Standard) bagi varian Ocean Green dan Jet Black kini telah tersedia di OPPO Concept stores, OPPO Online Store, OPPO’s e-commerce partners store, Lazada and Shopee. Pelanggan juga boleh pergi ke OPPO telco partners’ store di Digi, Maxis atau Celcom.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi OPPO, Facebook OPPOOPPO Official Online Store atau Lazada dan Shopee.

You might also like